"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Langkah Berani MB Kedah : Pencapaian Diutamakan

al-brangi

Jarang berlaku mana-mana kerajaan di Malaysia, samada Kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang atau mana-mana Kerajaan BN samada di peringkat negeri mahupun Pusat buat rombakan EXCO atau Kabinet di pertengahan tempoh pemerintahan kecuali jika ada berlaku kematian.

Kerajaan Pakatan Rakyat membuat langkah pemula, melangkah satu tapak ke hadapan, membuat satu 'precedent' berkemungkinan akan membuat satu rombakan EXCO.[
sumber.]

Umum mungkin membuat beberapa andaian samada ia berbentuk negatif atau sebaliknya.

Walau apapun, langkah 'berani' Menteri Besar Kedah mengumumkan kemungkinan berlaku rombakan barisan EXCO di Kedah menunjukkan serta membuktikan kepada rakyat bahawa Menteri Besar lebih mendahulukan prestasi atau 'performance' seseorang EXCO di samping mengeksploitasikan seoptimum mungkin serta mendedahkan segala kemahiran, segala ketokohan serta cerdik-pandai yang di miliki oleh sebahagian lagi ADUN yang ada demi pembangunan Negeri Kedah.

Kerajaan Pusat sepatutnya mencontohi langkah ini, bukan mengekalkan Menteri-Menteri atau Menteri-Menteri Besar yang tidak 'perform', yang bermasalah dengan parti dan sebagainya, malah yang kalah bertanding dalam piliharaya atau yang tidak bertanding langsung pun ditangkap-muat dibawa masuk menanggotai Kabinet melalui pintu belakang (Senator).

Jangan menghukum rakyat apabila slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dikatakan sebagai retorik sepanjang zaman.

http://al-brangi.blogspot.com

Tiada ulasan: