"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Isu Khutbah : UMNO bina benteng baru

Drs. Khalil Idham Lim
Saya sebagai seorang yang bukan berbangsa Melayu sangat terkilan dengan kejadian yang berlaku dalam isu bacaan khutbah di negeri Pulau Pinang yang sedang hangat dibicarakan sekarang ini. Terkilannya saya kerana pada anggapan saya UMNO telah cuba membina benteng baru untuk mengesahkan bahawa Islam itu hanya untuk orang Melayu sahaja dan dilarang sama sekali untuk bangsa lain khususnya dalam hal mendoakan kesejahteraan kepada bangsa lain.

Kesejahteraan yang saya maksudkan ialah mendoakan bangsa lain di Malaysia supaya mereka mendapat taufik dan hidayah dari Allah, kerana Allah lah yang berhak dalam memberikannya kepada hamba-hambanya yang dia kasihi.

Persoalannya apakah masaalahnya sehingga UMNO tersangat takut dengan doa kepada non muslim. Malah bagi saya membesarkan perkara yang bukan wajib didalam doa itu adalah perkara yang tidak bertanggung jawab demi kepentingan politik sempit UMNO untuk menarik sokongan dan kononnya dia lah pembela Raja melayu dan melayu. Sedangkan kenapakah UMNO sepi membisu bila Rosmah mendapawa dia wanita pertama dengan membelaki Raja permaisuri Agong yang sebenarnya layak dengan gelaran itu. Ini adalah satu contoh dari banyak lagi tingakhlaku dan ucapan pemimpin UMNO yang menghina Raja Melayu dan melayu.

Namun kejadian di Pulau Pinang yang gencar dan sedang diperbesarkan oleh UMNO yang diketui oleh Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Zahid Hamidi memperlihatkan usaha UMNO untuk menyempitkan Islam untuk orang melayu dan dilihat bahawa UMNO cuba membina imejnya dengan cuba menjuarai isu tersebut dengan andaian Melayu akan kembali menyokong UMNO.

Selain itu rasa kesal yang amat sangat apabila Mufti yang menghalalkan rampasan kuasa di Perak dengan cepat mengatakan bahawa apa yang dilakukan oleh khatib yang membaca doa adalah haram. Tanpa usul periksa dan mendapat maklumat yang jelas terlebih dahulu, Harussani telah melakukan kesilapan yang besar dan menyeretnya kepada perhatian umum bahawa cakapnya sudah tidak boleh dipakai sekarang ini.

Sebagai seorang yang bergelar mufti, Harussani sepatutnya perlu menjelaskan doa yang bagaimana yang diharamkan, dan doa yang bagaimana yang di halalkan, atau paling kurang sinonim dengan naman harussani iaitu harus.

Insiden yang berlaku di Pulau Pinang adalah dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Dalam keadaan pandangan bangsa lain yang telah berubah kepada Islam sejak tsunami politik 2008 yang melihat dan menyakinkan keterbukaan Islam sehingga mereka memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir Pulau Pinang dan beberapa negeri lain. Kaum Cina di pulau Pinang memberikan sokongan kepada Parti PAS dalam keadaan gabungan Pakatan Rakyat terus diperkuatkan dari saat tertubuhnya gagasan itu di Ipoh pada malam 9 mac 2008.

Sejak dari itu saya melihat bangsa lain semakin memahami dan tidak takut lagi untuk mendekati Islam, sedangkan selama ini UMNO lebih 50 tahun tidak menggunakan peluang dalam tempoh yang panjang itu untuk menjelaskan Islam kepada pemimpin bukan melayu dalam komponen BN.

Yang kedengaran cuma kata-kata celupar dari pimpinan BN, tidak terkecuali dari bangsa Cina atau India, termasuklah pemimpin UMNO sendiri yang mengeluarkan kenyataan yang terkadang menhina Islam dan hukum hakamnya.

Kemelut yang berlaku di Pulau pinnag saya yakini tidak akan melemahkan Pakatan Rakyat tetapi akan memperkuatkan lagi gabungan politik yang menjadi harapan masa depan malaysia yang kita sayangi.

Kalau isu dapat ditasngani oleh Pakatan Rakyat dengan baik saya yakin kaum bukan Melayu akan melihat bahawa Islam tidak sesempit yang ditohmah oleh UMNO selama ini.

Apalagi saya kira UMNO sudah kehabisan modal untuk melemahkan Pakatan Rakyat, isu perkauman yang satu persatu diperbesarkan nampaknya tidak menjadi.

Oleh itu saya menasihati diri saya dan semua rakan dalam PR supaya sangat berhati-hati dalam tindakan dan ucapan agar terelak dari UMNO dan BN yang sedang mencari helah untuk memburukkan Pakatan Rakyat.


http://idhamlim.blogspot.com/

Tiada ulasan: