"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Ni kisah Hudud lagi........

notan
Assalamualaikum,,..
Berikut antara kenyataan akhbar LGE yang menyentuh hudud dan pendirian pemimpin DAP."Sebelum pada itu, beliau turut mengaku bahawa beberapa pemimpin DAP memang mempunyai perbezaan pendirian berhubung cadangan PAS melaksanakan hudud.
Namun, katanya itu hanya perkara kecil dan Pakatan lebih mengutamakan agenda menentang kemungkaran yang dilakukan dalam Umno BN dari mempopularkan idealogi kepartian masing-masing


Nampaknya hudud terus dipolimikan di kalangan masyarakat bukan Islam.satu perkembangan yang boleh dikatakan fenomena juga di kalangan pemimpin DAP yang dituduh UMNO dan kuncu kuncunya sebagai golongan yang anti negara Islam dan anti melayu.

Fenomena ini terjadi selepas terjalinnya kerjasama antara PAS dan DAP dalam PR bersama sama PKR.Yang jelas, perbezaan pendirian di kalangan pemimpin DAP mengenai hudud dan negara Islam tidak pernah terjadi sebelum ini.Kelantangan Karpal Singh dan LKS menentang gagasan negara Islam yang dibawa PAS menjadi dasar DAP satu ketika dulu.Kerana penolakan negara Islam jugalah pakatan yang cuba dibuat menerusi gagasan barisan alternatif pernah gagal dan kegagalan ini dimenafatkan sepenuhnya oleh UMNO untuk terus berkuasa.

Kini setelah idea kerjasama Tok Guru Presiden yang berteraskan berpakat atas persamaan yang ada dan mengenepikan sebarang perbezaan nampaknya cukup berkesan sehingga momokan PAKATAN RAPUH yang tunggu masa untuk runtuh yang diwar warkan oleh UMNO dan kuncu kuncu mereka menjadi salakan anjing terhadap gunung sahaja.DAP umumnya sudah mula berminat untuk mendengar tentang hudud dan mereka mula tertarik dengan seruan bahawa hudud hanya untuk orang Islam serta mereka mula berminat dengan seruan PAS untuk mengharamkan arak ke atas orang Islam tetapi tidak akan untuk menutup kilang arak, mengharamkan zina hanya untuk orang Islam tetapi orang bukan Islam bebas membuat pilihan.

Hal ini nyata berbeza dengan promosi UMNO yang mengatakan PAS tidak berminat untuk menutup kilang arak kerana takutkan DAP.PAS tunduk kepada DAP kerana memulangkan arak yang dirampas dan beberapa peristiwa lagi termasuk isu babi dan seumpamanya.

Pada UMNO menubuhkan Negara Islam bermakna mengharamkan semuanya termasuk mengharamkan perkara perkara yang dilarang Islam terhadap orang bukan Islam.Itulah definasi negara Islam yang dibawa UMNO yang mungkin juga menyebabkan Karpal singh melenting tak tentu hala.Dan kerana itu jugalah DAP satu ketika dulu menolak hudud seratus peratus.

Hari ini keadaan itu sudah berubah apabila penyokong dan pemimpin DAP mula mengenali PAS dengan lebih dekat.Kini sudah muncul polimik di dalam DAP mengenai hudud dan makna sebenar negara Islam walaupun orang seperti Kapal Singh masih fobia dengan negara Islam dan masih belum faham bagaimana hudud mampu membetulkan permasalah sosial negara.Perkara ini dapat dilihat dengan jelas ketika Karpal mengkritik TGNA berkaitan isu ini.Pada Karpal hudud bukan penyelesaian sebaliknya hudud akan hanya melanggar hak asasi manusia dan ianya tidak sesuai dilaksanakan di negara yang majmuk seperti Malaysia.

Karpal masih belum nampak atau faham dengan nilai tarbiyah hudud kerana pemahaman negatifnya tentang hudud yang sudah terlalu lama.Karpal sudah terbabit dengan politik negara begitu lama untuk merasa takut dengan hudud yang dipromosikan sebagai undang undang yang zalim oleh UMNO.

Oleh itu, wajarkah Karpal dihentam kembali kerana keceluparannya?Apapun kenyataan LGE seperti di atas memberitahu kita satu perkara ia itu hudud sedang dipolimikkan oleh penyokong dan pemimpin DAP.Jadi kenapa perlu kita risau? Yang patut risau sepatutnya pemimpin dan penyokong UMNO kerana hudud sudah semakin difahami oleh orang bukan Islam.Yang patut risau ialah pesalah pesalah hudud yang masih rakus mengamalkan kesalahan tersebut kerana apabila hudud dilaksanakan orang orang yang akan didakwa ialah pesalah hudud yang konsistan melakukan kesalahan.Tetapi bagi pesalah hudud yang mahu bertaubat, pintu taubat masih terbuka selagi nafas masih bergerak.

1 ulasan:

yuli akbar berkata...

wah hebat banget bisa menadapatkan rumah. selamat ya atas kmenangannya


akhbar