"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelajar dilanggar sebelum dirogol

TELUK INTAN: Sudahlah basikal yang ditunggangi sengaja dilanggar dari belakang, dia kemudian dirogol sebelum ditinggalkan sendirian dalam kawasan kelapa sawit di sini.

Demikian nasib malang yang menimpa seorang pelajar tingkatan tiga semasa dia dalam perjalanan pulang dari sekolah di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, mangsa dikatakan terjatuh selepas dirempuh suspek yang menaiki sebuah kereta.

"Akibat rempuhan itu, pelajar berkenaan mengalami kecederaan dan suspek kemudian berpura-pura mahu membantu membawanya ke hospital.

"Mangsa yang percaya dengan sikap baik yang ditunjukkan lelaki tersebut terus menaiki kereta suspek dan dia kemudian dirogol di kawasan semak tidak jauh dari lokasi perlanggaran," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

1 ulasan:

mahaza berkata...

sila pergi ke blog saya fasal ini - maccam kes copycat jadi kena lebih nberhati-hati.