"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Larangan menyiarkan kes buang bayi di RTM?

Stesen milik kerajaan - RTM2 - melarang program hal ehwal semasa dan berita dalam bahasa Mandarin daripada melaporkan tentang isu pembuangan bayi kerana ia dianggap "sensitif".

Malaysiakini mendapat tahu bahawa orang yang bertanggungjawab terhadap program hal ehwal semasa dan berita Mandarin RTM, Shy Yap Chuan, telah mengarahkan bahagian Mandarin supaya tidak melaporkan sebarang berita mengenai kes pembuangan bayi sejak minggu lalu.

Berikutan itu, program Mandarin 'Apa pendapat anda' telah menukarkan tajuk perbincangannya - daripada isu pembuangan bayi kepada isu gangguan seksual.


Salah seorang tetamu program tersebut, Wong Su Zane (kanan), mendedahkan perkara itu dalam laman Facebooknya, mempersoalkan mengapa stesen tersebut menganggap kes pembuangan bayi sebagai tabu.

Katanya, dia dimaklumkan mengenai pertukaran tajuk tersebut daripada kakitangan bahagian produksi yang menghubunginya melalui telefon.

"Apabila saya bertanya mengapa, dia mengatakan ada perubahan dalaman dalam dasar kerana topik ini agak sensitif," tulis Wong dalam mesej Facebooknya.

Wong, yang juga pengurus Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), bagaimanapun menegaskan bahawa rakan-rakannya tidak menghadapi masalah membincangkan tajuk tersebut dalam program dalam bahasa
Melayu di stesen yang sama minggu lalu.

Menurutnya, bahagian Bahasa Melayu dan Inggeris tidak ada masalah langsung, tetapi nampaknya bahagian bahasa Cina yang terlalu memandang berat terhadap isu-isu 'sensitif'.

Beberapa sumber berkata, ia hanya arahan lisan tanpa garispanduan hitam putih, yang bukanlah satu amalan yang luar biasa.

Satu sumber mendedahkan bahawa Yap memberitahu mereka bahawa arahan tersebut datangnya dari Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya (kiri), yang mengarahkan produser semua bahasa supaya tidak melaporkan mengenai kes pembuangan bayi, dalam satu mesyuarat pagi harian.

Yang menariknya, kata sumber-sumber itu, berita dalam bahasa Melayu masih menyiarkan berita pembuangan bayi selepas Yap meminta bahagian bahasa Cina jangan melaporkan isu tersebut.

Bagaimanapun, ketika dihubungi, Ibrahim menafikan beliau telah mengeluarkan arahan tersebut.

Sebaliknya, beliau berkata, tiada larangan untuk melaporkan isu pembuangan bayi, sambil menambah RTM bersikap cukup terbuka.

Di samping itu, katanya, RTM juga telah lama mengikuti isu pembuangan bayi tersebut.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak tahu sama ada terdapat producer yang mengeluarkan arahan tersebut.

Tiada ulasan: