"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Adakah negara asing dalang krisis Malaysia Indonesia ?

amkns
Adakah pihak ketiga atau negara asing yang mendalangi tunjuk perasaan di kedutaan Malaysia di Indonesia ? Tidak mustahilkan. Apakah tidak ada berlaku kes penganiayaan pembantu rumah dan pencerobohan nelayan di negara lain selain Malaysia ? Tidak mustahilkan.

Kenapa perlu provokasi, sedangkan ramai Melayu dari Malaysia yang menjadi rakyat Malaysia sebelum merdeka, sejak berkurun lama berasal dari Indonesia. Perdana Menteri sendiri berdarah Bugis rasanya. Ramai Jawa di Selangor, Minang di Gombak dan seterusnya.

Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu harus berhati-hati akan setiap provokasi. Akhbar di Malaysia pun ada unsur provokasi, iaitu akhbar berbahasa Inggeris.

Kita di Malaysia dan Indonesia ialah 1UMAT, Umat yang Satu, Umat Islam.

Tiada ulasan: