"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Saham Bumiputera, Pakatan Desak Suruhanjaya Diraja Ditubuh

Pakatan Rakyat mendesak penubuhan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat pengagihan hak milik saham bernilai RM 52 billion yang diperuntukkan kepada Bumiputera tetapi dibolot oleh segelintir individu dan syarikat yang rapat dengan kepimpinan Umno-Barisan nasional.

Bagi mengalihkan pandangan rakyat daripada isu itu, pemimpin-pemimpin UMNO kini dilihat cuba membakar sentimen perkauman orang melayu dengan memesongkan fakta dan mengamalkan politik peras ugut.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata segala fitnah yang cuba ditabur oleh UMNO tidak boleh menutup fakta bahawa pegangan saham Bumiputera kini hanya bernilai RM 2 bilion akibat kerakusan pemimpin-pemimpin parti itu.

Anwar berkata jika Perdana Menteri Najib Razak benar- benar ikhlas mahu membela nasib kaum Melayu, suruhanjaya itu wajar diadakan.

Sejak beberapa bulan yang lalu, UMNO memperhebatkan serangan ke atas Pakatan Rakyat, antaranya dengan mendakwa kononnya orang Melayu akan kehilangan hak dan keistimewaan mereka jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang.

Malah Mufti Perak Datuk Harussani Zakaria yang dilihat condong kepada pemerintah, mendakwa kewujudan sebuah 'Pelembagaan Baru'.

Akhbar-akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian pula dikerah saban hari untuk memuatkan berita fitnah bahawa orang Melayu akan hilang hak dan keistimewaan mereka dibawah naungan Pakatan Rakyat.

"Isu yang dibangkitkan adalah isu hak Melayu Bumiputera. Kita kemukakan setahun yang lalu. kalau benar ambil berat, kita tidak pertikai Melayu miskin harus dibantu tapi kita nak tanya mana pergi pengagihan saham kepada Bumiputera Melayu. Kepada siapa diagihkan ? Manfaat tu siapa yang dapat ?" soal Anwar dalam sidang media di ibu pejabat PKR.

"RM 2 bilion tinggal, RM 52 billion lesap. Kita nak tanya kerana ini tidak termasukk kontrak dan penswastaan. Menteri mana dulu yang dapat? Menteri mana sekarang yang dapat? Sebab itu kita suruh tubuhkan satu Suruhanjaya Diraja buat siasatan secara telus" ujarnya lagi.

Anwar berkata demikian pada sidang akhbar bersama pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat di Petaling Jaya semalam. Turut hadir Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.
Anwar berkata UMNO cuba menutup isu kehilangan saham sebegitu besar dengan memainkan isu-isu yang boleh menimbulkan ketegangan kaum demi kelangsungan politik parti itu.

“Pakatan Rakyat sedar wujud satu muslihat politik oleh UMNO-BN untuk mengapi- apikan sentimen perkauman sempit dan agama bertujuan memecahbelahkan keharmonian masyarakat”.

"Siapa yang kebas RM 52 bilion saham tentulah pemimpin BN. Adakah sebab itu mereka tidak mahu tubuh satu suruhanjaya untuk melakukan sisatan. Sebab itulah mereka main isu perkauman supaya mereka boleh menguburkan isu ini sama sekali" tambah Guan Eng pula.

Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini mengakui bahawa daripada saham bernilai RM 52 daripada RM 54 bilion saham yang diperuntukan kepada Bumiputera, dibolot oleh pihak ketiga dan tidak sampai kepada golongan yang disasarkan.

Saham itu diperuntukan untuk membantu orang melayu memperbaiki kualiti hidup dan memenuhi ekuti 30 peratus yang disasarkan di bawah Dasar Ekonomi Baru.

Tiada ulasan: