"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dua pelajar UPM beri keterangan polis semalam

Polis telah mengambil keterangan dua pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) berhubung kejadian memecah pintu kaca bangunan yang menempatkan pejabat timbalan naib canselor hal ehwal pelajar UPM, Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan dua hari lalu.

Kedua pelajar tersebut yang juga pemimpin kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) memberi kenyataan mereka di balai polis Serdang petang semalam.

upm scuffle 230211Seorang jurucakap pro-M UPM berkata, mereka memberi kenyataan selama kira-kira dua jam mulai pukul 5 petang.

Semalam, polis dilaporkan berkata pihaknya telah mengenal pasti lima pelajar UPM yang terbabit dalam mencetuskan kekecohan di bangunan pentadbiran Hal Ehwal Pelajar (HEP) UPM di Serdang semalam.

"Polis menyiasat insiden semalam di bawah Seksyen 147 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mengadakan rusuhan.

Dalam kejadian itu, sekumpulan 200 pelajar Pro-Mahasiswa (Pro-M) bertindak mengadakan demonstrasi hampir 17 jam bagi memprotes tindakan HEP UPM yang telah menarik balik kemenangan 11 calon Pro-M dalam pilihan raya kampus universiti berkenaan.

Pembatalan itu menyebabkan pelajar kumpulan Pro-M berhimpunan di hadapan bangunan pendtadbiran UPM bagi meminta penjelasan daripada Dr Mohd Fauzi sebab pembatalan tersebut.

Pintu kaca ke bangunan HEP dilaporkan pecah sementara enam pelajar dan pengawal keselamatan cedera dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, jurucakap pro-M berkata, beliau tidak tahu siapakah tiga lagi pelajar UPM yang akan dipanggil memberi keterangan kepada pihak polis berhubung kejadian tersebut.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: