"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Semakan kehakiman: MP lepasi halangan pertama

NONEMahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi kebenaran kepada permohonan ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar mendapatkan semakan kehakiman.

Permohonan tersebut dibuat terhadap kerajaan persekutuan kerana menahan peruntukan tahunan RM1 juta kepada kawasan pilihan raya berkenaan yang diwakili pembangkang.

Ahli parlimen PSM itu berkata, beliau agak "terkejut" dengan 
keputusan tersebut kerana beliaui sendiri tidak menjangkakan mahkamah akan memberi kebenaran tersebut.

Jeyakumar menegaskan bahawa peruntukan tersebut - yang diterima ahli parlimen BN tetapi tidak kepada wakil rakyat pembangkang - adalah satu hak perlembagaan bagi semua wakil rakyat.

Beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat, termasuk PKR Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar, juga menjadi pemerhati, kerana kes tersebut turut mempunyai implikasi di kawasan yang mereka wakili.

Nurul Izzah Anwar turut hadir hari ini untuk memberikan sokongan kepada Jeyakumar.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: