"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pertembungan fizikal berdarah di UPM

Pertikaian keputusan Bahagian Hal-Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia (BHEP UPM) untuk membatalkan kemenangan calon pro-Mahasiswa berakhir dengan pertembungan fizikal berdarah.  Kejadian ini berlaku apabila pegawai keselamatan mengasari mahasiswa yang enggan beredar untuk menuntut penjelasan daripada Timbalan Naib Canselor, Fauzi Ramlan.

`Ratusan siswa-siswi berkumpul di depan pejabat TNC pada jam 8.30 pagi hari ini, untuk membantah keputusan BHEP UPM membatalkan kemenangan calon pro-Mahasiswa, semalam.  Walaupun pihak BHEP akhirnya berganjak dengan menarik balik pembatalan tersebut pada tengah hari, tetapi siswa-siswi tetap enggan beredar dari situ untuk menuntut penjelasan.

Pada kira-kira jam 3.30 petang, pintu kaca pecah kerana dihimpit, dan di sini berlakunya pertembungan fizikal berdarah.  Pegawai keselamatan mengasari siswa sehingga berdarah.  Sebelumnya, seorang siswa bernama Lokman ditumbuk oleh pegawai keselamatan pada bahagian muka.

Pada jam 10.30 semalam, kesemua calon pro-Mahasiswa menerima panggilan daripada Jawatankuasa Induk Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar, dan diminta untuk mengambil sepucuk "surat bantahan" di BHEP.  Sebagaimana yang diketahui, "surat bantahan" ini diserahkan oleh seorang siswa UPM, yang menuntut agar kemenangan calon pro-Mahasiswa dibatalkan, dan pihak UPM bersetuju dengan cadangan itu.

Hanya seorang calon pro-Mahasiswa yang mengambil surat tersebut daripada BHEP, dan beliau diminta untuk dibatalkan kelayakannya kerana bertanding atas nama "pro-Mahasiswa".

Ratusan siswa-siswi berkumpul dan mengepung pejabat TNC pada pagi ini, dengan kain rentang yang mengecam "BHEP Zalim", "Demokrasi Mati" dan sebagainya.  TNC Fauzi Ramlan pada asalnya bersetuju untuk menarik balik surat tersebut, tetapi mengubah fikiran kemudiannya.  Siswa-siswi yang marah akhirnya cuba menempuh ke dalam pejabat TNC, dan di sini berlakunya pertembungan fizikal.

Tiada ulasan: