"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Liwat II: Mahkamah akan pertonton rakaman CCTV

azlan
Ceorang pengurus perkhidmatan dan projek dan servis ATP Science Technology memberitahu mahkamah bahawa mesin-mesin yang diselengaranya di Jabatan Kimia Malaysia berfungsi dengan baik pada tahun 2008.


Alan Tiang, saksi pendakwa keenam dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga berkata, dia tidak menerima sebarang aduan berkaitan mesin-mesin berkenaan pada masa tersebut.

Semalam, ketua unit paterniti DNA, Divisyen Forensik, Jabatan Kimia Nor Aidora Saedon dalam keterangannya berkata DNA yang ditemuinya pada satu tuala kecil, berus gigi dan botol air mineral adalah sepadan dengan dua profil DNA 'lelaki Y' yang ditemui dari dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Walaupun Nor Aidora tidak mendedahkan identi 'lelaki Y' ataupun dari mana sampel itu diperolehi, dalam keterangannya, beliau berkata menerimanya daripada pegawai penyiasat, DSP Jude Blacious Pereira pada petang 17 Julai 2008.

Nor Aidora akan disoal-balas esok oleh peguam bela. Ini bagi memberikan mereka lebih masa untuk mengkaji geraf elektropherogram dan penemuan DNA.
NONE
Dalam sesi hari ini, ketika disoal-balas timbalan pendakwaraya Noorin Baharuddin, Allan berkata mesin berkenaan berada dalam keadaan baik ketika ahli kimia melakukan ujian DNA terhadap bahan bukti kes berkenaan pada Julai 2008.

Namun, apabila diasak oleh peguam bela Sankara Nair, Alan berkata dia tidak pasti jumlah penyelenggaraan yang dilakukan ke atas mesin tersebut sepanjang tahun berkenaan.

Hakim Zabidin Mohd Diah kemudiannya mengarahkan Allan untuk beredar dari kandang saksi. 

Selepas berehat sebentar mahkamah, giliran juruanalisis audio, video dan foto makmal forensik, PDRM, ASP Fauziah Che Mat mengambil tempat di kandang saksi.

anwar ibrahim saiful bukhari sodomy allegation desa damansara 300608 05Menurut Fauziah beliau menyertai pasukan polis sejak Disember 2005 dan telah menghadiri kursus-kursus berkaitan imej dan video digital selain pernah terbabit dengan siasatan 900 kes jenayah.

Katanya, pada 3 Julai 2008 ketika bertugas di tempat sama, beliau didatangi DSP Jude Blacious Periere menyerahkan dua sampul surat berisi cakera keras bertanda HD1 dan HD2.

Fuziah kemudiannya meminta kebenaran mahkamah untuk merujuk foto yang diambil beliau sewaktu bahan tersebut dianalisis.

Namun Sankara menuntut mahkamah membekalkan salinan foto kepada peguambela untuk rujukan. 

Fauziah berkata beliau telah menggunakan perisian pengklonan makmal forensik PDRM bagi membuat salinan video pada 4 Julai 2008 dan menyimpan semula cakera keras asal sebelum diserahkan semula kepada DSP Jude pada 29 September tahun yang sama.

anwar saiful bukhari azlan sodomy allegations 300608 desa damansara condominum
Mahkamah turut diberitahu bahawa DSP Jude membantu beliau mengenalpasti sebuah kenderaan MG Rover berwarna hitam, sebuah kenderaan berjenama Fiat dan beberapa individu yang memasuki kondominium Desa Sri Damansara pada 26 Jun 2008 jam 12 tengahari hingga 4 petang. 

Mahkamah bersambung jam 2.30 petang dan dijangka akan dipertontonkan klip video CCTV kondominium itu.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: