"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas Ketua Penyiasat ICAC Hong Kong Dilantik Siasat Kematian TBH


KUALA LUMPUR, 24 FEB: Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian Teoh Beng Hock hari ini mengumumkan pelantikan Michael Leslie Squires, bekas Ketua Penyiasat Suruhanjaya Bebas Menentang Penyelewengan (ICAC) Hong Kong bagi membantu dalam siasatan.

Tujuan utama perlantikan Michael adalah bagi menyiasat dua perkara yang menjadi teras penyiasatan suruhanjaya ini, iaitu pertama bagi menyiasat samada terdapat salah laku atau kesilapan semasa penyiasatan, soal siasat ataupun kesilapan dalam prosedur semasa mendiang Beng Hock ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam.

Kedua ialah menyiasat berkenaan situasi sebenar semasa kematian Beng Hock dan punca sebenar yang menyebabkan kematiannya.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh panel tersebut, Michael juga diberikan kuasa setara dengan pegawai penyiasat polis menyiasat kes seperti ini, dan juga diberi kuasa menggeledah mana-mana premis serta mengambil apa jua objek sebagai bahan bukti yang berkaitan dengan siasatan kematian Teoh Beng Hock.

Dalam perkembangan lain, pakar forensik England, Profesor Peter Vanezis telah menyatakan persetujuan untuk memberikan kenyataannya di hadapan panel.

Sebelum ini, pakar forensik Thai, Dr Pornthip Rojanasunand juga telah memberikan persetujuan beliau untuk hadir dan memberi keterangan di hadapan panel diraja.

Sementara itu, panel hari ini dikejutkan dengan pengakuan pegawai penyiasat (IO) ASP Ahmad Nazri Zainal bahawa beliau telah membuat kesilapan dalam keterangannya yang diberikan semasa inkues.

Ahmad memberitahu panel, beliau telah tersilap mengecam Zurinawati Zulkifli sebagai pegawai SPRM yang memberikannya kad pengenalan Beng Hock dan menyatakan kad tersebut diberikan kepada beliau oleh pegawai SPRM yang hanya dikenali sebagai Azian.

Katanya lagi, Zurinawati merupakan pegawai SPRM yang menunjukkan kepada beliau beg Beng Hock yang diletakkan di atas sofa. 
-tvsnews-

Tiada ulasan: