"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sumpah Laknat - Najib Sanggah Mufti

KUALA LUMPUR 30 APRIL: Perdana Menteri Najib Razak mendakwa setiap orang ada hak untuk melakukan sumpah laknat, sekali gus menolak pandangan mufti dan tokoh agama bahawa lafaz itu tidak harus diguna untuk menuduh dan menfitnah seseorang.

Perdana Menteri mengulas langkah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah semalam melakukan sumpah laknat kononnya pelaku adalam video itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam "nasihat" yang mungkin ditujukan kepada mufti dan tokoh agama, Najib yang juga presiden Umno berkata, orang perseorangan dan parti-parti politik seharusnya mengambil pendekatan yang sama seperti beliau.

"Ini adalah isu peribadi dan tidak membabitkan Umno ataupun kerajaan. Jika sesiapa merasakan mahu melakukan sumpah laknat, maka terpulang kepada mereka. Kami tidak menggalakkan dan tidak akan menghalang mereka," katanya lagi.

"Saya merasakan setiap orang mesti ada sikap yang sama. Parti-parti politik mesti ambil sikap bahawa ini adalah urusan peribadi," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di sini semalam.

Dua tokoh agama – Mufti Perak Datuk Harunsani Zakaria dan Badrolamin Baharom berkata cara terbaik menyelesaikan isu video lucah adalah mengikut syarak Islam iaitu dengan menfailkan pertuduhan qazaf.

“Kalau semua orang boleh bersumpah (laknat) saja, ramai orang yang boleh melakukannya. Takut apa sumpah ini,” kata Datuk Harunsani kepada TvSelangor.

“Selepas dia membuat tuduhan orang itu berzina, dia perlu kemukakan bukti bukannya bersumpah. Dia tuduh orang berzina itu maknanya Qazaf, qazaf ini bukan bersumpah tetapi kena bawa bukti,” tambah beliau.

Semalam, pendakwah bebas Firdaus Supri turut memberi amaran kepada Eskay bahawa beliau tidak harus menggunakan sumpah laknat untuk menfitah seseorang dan memberikan ahli perniagaan itu senaskah hukum qazaf.

Dalam sidang akhbarnya semalam, Najib juga mengkritik penyokong PKR yang membantah langkah Shazryl melakukan sumpah laknat itu semalam kerana ia bukan Islamik. Beliau juga mempertahankan mempertahankan tindakan media arus perdana menyiarkan sedutan klip video seks itu.

"Ini bukan perkara baru. Berita video seks telah dilaporkan sebelum ini. Sudah tentu akhbar perlu melaporkan apabila ia melibatkan pemimpin tetapi ia tiada kaitan dengan Umno," katanya.
-tvsnews-

Tiada ulasan: