"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Selepas 4 tahun, mengapa penghakiman kes Altantuya masih belum ditulis?

Wong Choon Mei
Lebih daripada 4 tahun sudah berlalu tetapi mahkamah Malaysia masih mengheret kaki mereka ke atas tuntutan mahkamah sebanyak RM100 juta yang difailkan oleh ibu bapa Altantuya Shaariibuu, seorang warganegara Mongolia yang dibunuh di bumi Malaysia yang juga didakwa ada kaitan dengan kes rasuah yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pembelian kapal selam Scorpene dari syarikat gergasi Perancis, DCN.

Yang lebih nyata, lebih daripada 2 tahun telah berlalu sejak dua bekas pengawal peribadi Najib dihukum gantung kerana membunuh Altantuya di kawasan hutan yang telah dibersihkan pada tahun 2006, tetapi penghakiman untuk hukuman mati itu masih tidak tertulis. Mengapa?

Apakah kelewatan itu berpunca daripada ketidakcekapan dan ketidakberkesanan badan kehakiman Malaysia, atau mahkamah Malaysia benar-benar tidak profesional seperti yang diperkatakan di arena antarabangsa? Adakah sistem perundangan Malaysia menjurus ke arah melindungi orang-orang besar dalam politik dan bukannya menegak keadilan tanpa rasa takut atau pilih kasih?

Ini adalah soalan-soalan yang dituntut oleh ibu bapa Altantuya.

Dirancang kelewatan?

Menurut Karpal Singh, peguam yang mewakili Shaariibuu Setev dan isterinya Altantsetseg Sanja; tidak ada kemajuan dalam mana-mana kes. Pasangan itu memfailkan tuntutan sivil pada bulan Jun 2007, manakala dua polis dihukum gantung pada bulan April 2009.

Antara alasan yang diberikan oleh pentadbiran Najib adalah pihak polis telah membuat rayuan, manakala hakim, Mohd Zaki Yasin, yang mendapati mereka bersalah sehingga kini tidak menulis penghakimannya.

Kelambatan hakim jelas menambah kelewatan dalam mendapatkan suatu tarikh untuk mendengar dari mahkamah Rayuan. Ia juga melengah-lengahkan tuntutan yang difailkan oleh ibu bapa Altantuya, dengan pendakwa kerajaan menyuarakan kebimbangan terjadinya 'prejudis' jika kes ini didengar sebelum rayuan polis dibuat.

"Saya tidak faham mengapa hakim tidak selesai lagi menulis penghakiman beliau. Sudah dua tahun saya membangkitkan isu ini di Parlimen tetapi hanya menerima jawapan bertulis yang sia-sia," Malaysiakini melaporkan Karpal sebagai berkata.

Dunia memerhati dan bertindak balas

Kedua-dua lelaki, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar dikenakan hukuman mati. Percubaan mereka telah dituduh sebagai momokan kepada keadilan dan tawaran untuk melindungi Najib dan mencegah maklumat yang berkaitan rasuah yang beliau didakwa menerima dari DCN daripada bocor. Dalam kabel diplomatik Amerika Syarikat yang dikeluarkan oleh WikiLeaks baru-baru ini; pegawai-pegawai kedutaan AS di Malaysia juga tidak menyatakan kebimbangan pada keadilan terpesong untuk kedua-dua orang lelaki ini.

Malah, mahkamah telah mengekang segala usaha oleh peguam pembela untuk menyoal tertuduh- seperti apakah mereka dibayar untuk membunuh Altantuya, yang hanya mereka temui pada malam pembunuhannya. Walaupun Sirul telah menyatakan dalam satu laporan bahawa dia telah dibayar RM100, 000 untuk membunuh Altantuya. Hasil daripada perbicaraan berat sebelah itu, ramai rakyat Malaysia dan pengikut kes ini masih berspekulasi mengenai identiti "pembunuh" atau "pembunuh sebenar".

"Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa lebih banyak penyalahgunaan kuasa oleh pentadbiran Najib terhadap badan kehakiman Malaysia, semakin kurang kepercayaan pelabur asing terhadap negara kita. Mereka akan berfikir bahawa, sekiranya kes yang berprofil tinggi boleh dimanipulasi, apa jenis perlindungan yang mereka boleh harapkan jika mereka menjalankan perniagaan di sini, "Ahli Parlimen Batu, Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

"Ini tidak harus berlanjutan. Jika Najib terlibat, tanggungjawab jatuh kepada parti untuk menjernihkan suasana. Dengan berdiam diri, Majlis Tertinggi Umno bagaikan terlibat daalam menutup kes. Sebagai parti pemerintah, mereka perlulah menjadi yang pertama untuk memanggil satu Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat secara menyeluruh bagi mengetahui jika ada dalang yang terlibat. Ini adalah untuk membersihkan nama presiden mereka dan nama parti itu sendiri, tetapi kelihatan seperti mereka memilih untuk menutup mata. "
Halangan untuk tegak keadilan

Beberapa halangan kini menunggu keluarga Shaariibu. Menurut Karpal, halangan terbesar dan yang paling mungkin akan dibangkitkan oleh pihak pendakwa kerajaan adalah mengenai rayuan daripada Azilah dan Sirul yang masih belum selesai.

"Mereka boleh membuat aduan mengenai prejudis - dan sama ada hakim boleh ingat apa yang beliau dengar semasa kes itu berjalan dan ini mungkin sebab mengapa dia melambatkan penghakimannya Jika mereka boleh menunjukkan wujudnya prejudis, maka mahkamah akan menimbang semula kes mereka. Saya pernah mempunyai kes di mana akhirnya, dakwaan yang lebih tinggi telah digantikan dengan yang lebih rendah, "kata Karpal.

Beliau berjanji untuk membawa isu kelewatan yang tidak normal dalam kes-kes ini ke Parlimen. Setakat ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz telah menegaskan bahawa kelewatan dalam kes Azilah-Sirul adalah disebabkan kes-kes tertunggak. Walau bagaimanapun, bekas Ketua Hakim Negara Zaki Azmi baru-baru ini mengumumkan bahawa tiada lagi kes-kes tertunggak.

"Keluarga Altantuya telah menulis bertanyakan bila kes itu akan didengar tetapi saya terus memberitahu mereka bahawa ia akan mengambil masa, selagi kes rayuan kedua-dua mereka belum diselesaikan lagi," kata Karpal.

Komisyen

Ibu bapa Altantuya menjadi penjaga kepada dua orang anak lelaki Altantuya, salah seorang daripadanya menghidapi penyakit. Mereka menyaman kerajaan Malaysia sebanyak RM100 juta bagi penderitaan fizikal dan mental. Sebagai penjaga harta pusaka Altantuya dan tanggungan beliau, mereka juga menuntut pelbagai lagi ganti rugi.

Si cantik Altanuya berusia 28 tahun apabila beliau ditembak di muka dan dibom dengan C4 untuk mencegah pengenalan kepada badan beliau. Abu beliau masih kekal di Malaysia; satu lagi keperitan yang terpaksa diharungi kedua ibu bapanya yang mahu membawanya ke Mogolia.

Altantuya, yang boleh bertutur dalam 4 bahasa termasuk Rusia, telah diterbangkan ke Kuala Lumpur untuk menerima USD500, 000, bahagian komisen beliau yang dikatakan dibayar oleh DCN kepada Najib melalui sahabat karib beliau, Razak Baginda. Altanuya dipercayai sering dilihat terbang bersama-sama dengan Razak Baginda semasa rundingan DCN berjalan. Beliau juga dikatakan merupakan perempuan simpanan kepada Razak Baginda dan juga Najib. Baginda telah mengaku bahawa Altantuya adalah kekasihnya, manakala Najib telah mengangkat sumpah dihadapan Al-Quran bahawa beliau tidak mengenali Altantuya.

Memegang portfolio sebagai Menteri Pertahanan ketika itu, Najib meneruskan juga pembelian kapal selam tersebut walaupun dengan harga yang melampau pada tahun 2002. Pembelian tersebut telah membebankan dana kewangan negara sebanyak RM7 bilion dan terdapat kebimbangan yang meluas bahawa ini mungkin bukan harga akhir bagi urus niaga tersebut. Siasatan di Perancis baru-baru ini membongkar bahawa ada komisen baru yang dibayar, diura-urakan sejumlah 114 juta euro atau RM570 juta telah dibayar kepada firma Perimekar milik Razak Baginda.

'Mr Cool' Najib boleh berpeluh dengan lebih banyak tidak lama lagi

Nampaknya tembelang sang Perdana Menteri sudah hamper terbongkar. Dalam kes berasingan yang difailkan oleh NGO Suaram Malaysia di Paris terhadap DCN untuk memaksa mereka mengembalikan apa-apa komisen haram yang telah dibayar kepada pegawai-pegawai Malaysia, termasuk Najib, bagi maksud mendapatkan perjanjian itu dan kemudian mengembalikannya kepada rakyat Malaysia.

Pada hari Jumaat lepas, seorang peguam Perancis, Joseph Breham memberi taklimat kepada Suaram di London bahawa pihak berkuasa Perancis di ambang melantik hakim, justeru membuka jalan untuk perbicaraan mahkamah terbuka di Paris bermula. Ini akan sekali lagi menarik perhatian umum diperingkat global pada Najib dan Malaysia.

"Encik Cool akan dilanda kepanasan tidak lama lagi! Semasa taklimat undang-undang di Holborn mengenai Ops Scorpene, diberitahu bahawa kes akan dibuka tidak lama lagi di Perancis," Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel berkata di Twitter beliau.
-Malaysia Chronicle-

Tiada ulasan: