Mohd Sayuti Omar
SEBAIK menjenguk wall Facebook pagi ini perasaan saya berberai apabila melihat sekeping gambar seorang lelaki yang pipi kirinya berlumuran darah. Gambar itu ditagkan di wal Fb saya. Perasaan berbaur di antara geram, sedih dan kesal dengan apa yang berlaku. Seperti mana dicatatkan pada foto itu lelaki malang itu adalah anggota Unit Amal (UA) yang menjadi mangsa keganasan di tempat ceramah di Labis Johor.
Cerita lanjut tidak diseratkan. Siapa nama anggota UA tersebut juga tidak disebutkan. Ia dapat disahkan sebagai anggota UA kerana melihat kepada uniformnya. Apakah kejadian itu sudah ke pengetahuan polis juga tidak dinyatakan.
Tetapi cukup melihat kepada darah yang bersebal di pipinya, apa yang berlaku itu sesuatu yang serius dan perlu ditangkiskan dengan segera. Ia bukan persendaan politik. Kalau dibiarkan tidak mustahil kejadian itu akan melarat dan memberi kesan buruk kepada politik negara sehingga membawa kepada perang sabil.
Sekeping gambar lain pula menunjukkan lokasi tempat kejadian itu. Ia disebuah ceramah parti politik. Biasanya kalau melibatkan kehadiran UA ia tentulah ceramah Pas atau Pakatan Rakyat. Selalunya UA dikerah untuk memberi kebajikan menjaga lalu lintas di tempat ceramah supaya tidak menganggu hak orang lain.
Tindakan UA sebelum ini di mana-mana saja mendapat pujian. Kecekapan dan keberkesanannya mengawal lalu lintas dan menguruskan sesuatu lokasi ceramah lebih berkesan daripada polis. Kesanggupan anggotanya berhujan dan berpanas juga dikagumi. Satu segi UA ialah unit kebajikan bagi meringankan tugas anggota polis dan keselamatan lain.
Justeru bila berlaku kejadian seperti itu terhadap anggota UA ia sesuatu yang sangat dikesali. Tidak sepatutnya anggota kepada sebuah badan kebajikan diberi hadiah seburuk itu. Kalau perkara itu berlaku kepada polis sudah pasti seluruh negara heboh. Si pelaku yang laknat itu akan dikutuk sekeras-kerasnya. Tidak mustahil juga ia akan dibincang dalam sidang perlimen yang bersidang ketika ini.
Di samping merasakan sedih dan kesal serta simpati kepada anggota UA, di sini saya ingin mengatakan sudah sampai masanya pihak polis memperketatkan kawalan di lokasi ceramah terutamanya di kawasan atau negeri yang panas. Dalam keadaan UBN kini terdesak atau sering terimbas dengan liang lahad kematian apa saja akan berlaku. Mereka akan melakukan apa saja untuk mempertahkan maruah dan kekuasan. Makanya kawalan ketat bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berborak dan meluas sangat diperlukan.
Polis kena pastikan kejadian itu jangan berulang lagi. Sebelum ini keajdian sama berlaku di Negeri Seremban apabila sekumpulan lelaki liar yang entah keluar dari hutan mana cuba menganggu ceramah Mohamad Sabu. Kalau diperhatikan kejadian itu di dua buah negeri yang mana UBN dalam keadaan terdesak. Dari sini polis sepatutnya sudah dapat membuat plan pintas bagi mengelak lebih banyak kejadian buruk.
Kewujudan kumpulan liar akhir-akhir ini semakin menjadi. Politik liar, rakus dan ala semaseng yang wujud di tahun 60-an dulu kini muncul kembali. Seolah-olah baka-baka kejahatan yang ditinggalkan nampaknya terus hidup dan belum mati semuanya. Peralihan dan anjakan paradigma dan transformasi politik yang dilaungkan perdana menteri tidak mudah untuk mematikan baka jahat ini.
Apakah baka atau gerne yang ada dalam tubuh penjahat, pelontar telor busuk, pembakar jambatan di hari mengundi, pembunuh, pemfitnah, pengacau ceramah pembangkang pada tahun 60-an itu sama keras dan kuat dengan gerne atau baka kuman yang ada dalam tubuh babi yang walaupun direbus dengan kepanasan 100o celcius tidak mampus? Apakah mereka yang rakus dan liar itu bersanadkan kepada keturunan itu?
Saya sendiri menyaksikan akan gelagat politik hutan rimba dilakukan manusia yang liar ini. Semasa Pas mengadakan ceramah di Felda Tenang, Johor sewaktu pilihan raya kecil sekumpulan anak mudah menunjukkan dari arah pos UBN belangnya melaung dan mengejek penceramah Pas tanpa segan silu. Perangai mereka lebih teruk dari beruk putus tali dan kelaparan telor.
Sepatah penceramah Pas kata dua patah dibalasnya dengan kata-kata kesat dan kotor sekaligus menggambarkan sejauh mana IQ mereka. Malu saya sebagai orang Melayu mendengar cacian dan pekikan pemuda yang sah Melayu itu. Lebih malu apabila ia berlaku di Johor negeri yang dibanggakan sebagai negeri yang terkenal dengan jiwa Melayu yang kental dan hebat.
Politik rakus dan liar sebegitu pernah berlaku di Kelantan, Kedah dan Terengganu pada tahun-tahun 60-an dulu. Bukan saja kejadian melontar telor dan kata-kata busuk tetapi pukul memukul sampai patah kaki dan lebam muka biasa saja. Ia berlaku hampir setiap malam. Bahkan pembunuhan kerana dendam politik pun berlaku di Kelantan. Seorang sepupu saya (kini arwah) pernah dibaham dengan cak --- cangkul sampai pecah dahi.
Alhamdulilah hari ini keadaan itu sudah tidak wujud atau jarang berlaku lagi di negeri-negeri berkenaan khasnya di Kelantan. Tidak kedengaran lagi penceramah Pas dilontar telor tembelar atau dipukul. Kalau pun ada hanyalah setakat maki hamun oleh seorang manusia saja yang berasal dari species terbiar dan terpinggir.
Kejernihan politik ini ketara sejak Tok Guruku Nik Aziz memerintah Kelantan sejak 20 tahun lalu. Kejadian buruk, politik samseng sudah tidak ada lagi. Salah satu kecemerlangan Nik Aziz ialah mendidik jiwa orang politik Kelantan menjadi gentlemen dan tidak rakus dan liar. Syakisiah dan pembawaan dirinya telah menzahirkan suasana demikian. Dalam kata mudah Nik Aziz berjaya dalam menterbiah orang Kelantan supaya berpolitik secara berakhlak, kecuali ke atas seorang manusia nyang sudah tidak boleh diperlakukan apa saja lagi kerana semua skrunya sudah lus.
Berbalik kepada peristiwa berdarah di Labis tadi, sekali lagi saya ingin sarankan terutamanya kepada pihak polis. Apa yang berlaku di Johor dan Negeri Sembilan itu jangan dipandang remeh dan sebagai yang terpencil. Polis kena memantau hal ini bagi memastikan ia tidak akan berulang. Khabar mengatakan sudah ada plan untuk menjadikan pilihan raya umum ke 13 ini sebagai terburuk perlu disiasat segera dan polis perlu mengesaninya. Adalah malang sekali kalau polis turut bersubahat dengan kejadian seumpama itu dengan cara mendiamkan saja apa yang dilihat dan dilaporkan.
Polis mesti berpandangan jauh dan sedia dengan plan mengatasinya. Saya yakin dan percaya kalau polis tegas dan kompeten di dalam hal keselamatan kejadian-kejadian liar dan rakus sampai ada yang cedera itu tidak akan berlaku. Walau siapa pun yang melakukannya tanggungjawab dan bebeban atas apa yang berlaku itu akhirnya akan terpikul oleh polis juga.
Kepada pemain politik dan orang suruhan (samseng) juga cukuplah. Janganlah cuba memberi gambaran buruk kepada dunia luar tentang apa yang berlaku di negara ini. Keburukan itu mungkin boleh mencapai nawaitu jahat, tetapi perlu ingat keburukan itu akan menyebabkan semua rakyat negara ini akan dicapkan sebagai huduh dan kehuduhan itu memberi kesan kepada negara ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan