"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kedangkalan Umno terhadap Anwar berulang 9 Januari ini?

WAN NORDIN WAN YAACOB
PELBAGAI peristiwa ‘pelik’ berlaku dalam perjalanan perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan sejak ia mula dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Di awal perbicaraan, pasukan pembelaan yang diketuai Karpal Singh menghadapi kesukaran untuk mendapatkan laporan perubatan dari Hospital Kuala Lumpur hingga menyebabkan beberapa kali perbicaraan terpaksa ditangguhkan.

Namun paling menarik perhatian, dalam perbicaraan pada 17 Februari 2011, saksi pendakwaan yang juga Ketua Jabatan Kimia, Hospital Kuala Lumpur, Dr Seah Lay Hong memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menemui satu sampel ‘DNA Y’ lelaki misteri pada satu bahagian di seluar dalam Saiful.

Pada masa sama, beliau turut mengesahkan, hasil calitan di kawasan dubur Mohd Saiful mempunyai campuran DNA milik Saiful dan lelaki ‘Y’ serta seorang lelaki misteri.

Ketika menjelaskan sama ada wujud pihak ketiga sebagai penyumbang DNA ‘misteri’ itu, Dr Lay Hong berkata, jika berdasarkan andaian berkemungkinan akibat tercemar seperti penggunaan mangkuk tandas sama atau barang mandian lain.

Menurutnya, andaian itu diberikan kerana beliau bukan pakar untuk memperjelaskan mengenai keadaan itu.

Dr Lay Hong memberi keterangan berdasarkan laporan hasil ujian DNA beliau ke atas sampel Mohd Saiful ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin.

Entah bagaimana tiba-tiba ada pula ‘kesan air mani’ yang entah datang dari mana agaknya terdapat di dubur dan melekat di seluar dalam Saiful.

Dalam keterangannya sebagai saksi pada 17 Februari, Dr Cheah berkata, sampel DNA sama itu telah ditemui pada empat spesimen yang diambil daripada bahagian anus dan usus besar Saiful.

Dr Seah berkata dua ujian dijalankan ke atas tompokan spesimen B iaitu ujian PSA dan ujian menentukan kehadiran sperma. Tiga ujian dilakukan pada kesan tompokan mani – iaitu ujian asid phosphosate, PSA dan ujian kehadiran sperma.

Dr Seah berkata beliau berjaya mengesan dua tompokan mani di bahagian depan dan juga di bahagian bawah seluar dalam Saiful.

Doktor itu juga menjumpai dua kesan tompokan mani pada seluar hitam yang digunakan oleh Saiful. Tompokan itu dikesan berhampiran kawasan zip depan.

Dr Seah berkata beliau hanya mengetahui lokasi calitan kapas diambil berdasarkan tanda-tanda yang dibuat. Antaranya: Calitan B5 yang ditanda P36 ialah kawasan sekitar peri-anal atau dubur.

Calitan kapas B7 dan B 39 yang ditanda P38 dan P 39, masing-masing adalah sekitar dubur atas manakala calitan B9 yang dilabel sebagai P40 adalah di kawasan sekitar dubur bawah.

Dr Seah menyambung keterangan dan berkata ujian DNA dimulakannya pada 1 Julai 2008. Ujian kedua pula dilakukan pada 2 Julai 2008.

Katanya, analisis DNA itu selesai pada 5 Julai 2008 dan hasilnya beliau mendapati kesan air mani pada calitan kapas bertanda B5, B7, B8 dan B9.

Mahkamah diberitahu semua barangan termasuk permaidani dan selimut disimpan di bilik sejuk Jabatan Kimia.

Seah berkata calitan kapas yang ditandakan sebagai B7 mempunyai DNA dua lelaki yang satu daripadanya sama dengan Saiful manakala satu lagi milik ‘Lelaki Y’. Sampel B7 diambil daripada kawasan atas dubur.

“Ada juga ekstrak sperma yang dominan iaitu ‘Lelaki Y’, ujar Dr Seah dan menambah sampel B5 bukan ekstrak sperma. “Oleh kerana ia adalah calitan pada perianal, ia terdedah di kawasan sekitar dubur,” katanya.

Dr Seah berkata ujian DNA pada calitan kapas B5 pula (dari kawasan peri anal) menunjukkan ia milik Saiful dan campuran DNA termasuk Saiful, lelaki Y dan seorang lelaki penyumbang lelaki.

“Tiada profil DNA pada calitan B, B1, B2, B3, B4 dan B6,” kata Dr Seah.

Dr Seah pada mulanya mendedahkan, tompokan pertama air mani daripada seluar milik Saiful dalam tersebut menunjukkan ia mengandungi DNA Saiful.

Tompokan kedua air mani itu mempunyai dua DNA, satu miliki Saiful manakala satu lagi miliki seorang lelaki yang tidak dikenali dan dilabelnya sebagai ‘lelaki Y’.

Seah berkata berdasarkan ujian yang dijalankannya, kesan tompokan mani di seluar hitam itu adalah milik Saiful sendiri.

Lebih memeranjatkan, dalam perbicaraan yang sama, beberapa pendedahan memeranjatkan berlaku melibatkan borang pro-forma oleh doktor yang mengendalikan kes berkenaan.

Dalam satu keterangannya, Dr Seah memberi makluman dalam borang tersebut Saiful hanya terlibat dalam ‘cubaan liwat’ dan ‘cubaan seks oral’.

Sedangkan, Doktor Hospital Kuala Lumpur Dr Khairul Nizam Hassan sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Saiful mendakwa telah diliwat dan diminta melakukan seks oral.

Bagaimanapun, pasukan yang mewakili Anwar, yang diketuai peguam Karpal Singh berjaya menimbulkan keraguan berhubung kenyataan berkenaan.

Turut hadir di mahkamah dalam perbicaraan 17 Februari ialah wakil daripada Kedutaan Australia dan dua orang pakar daripada negara itu iaitu ahli patologi forensik Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.

Dalam perbicaraan tersebut, pihak pendakwa juga gagal membekalkan carta DNA kepada pihak pembelaan kerana tidak mencukupi.

Terdahulu, pada bicara sebelah pagi hari yang sama, tiga bukti baru dikemukakan di hadapan Hakim, Dato’ Mohamad Zabidin Mohd Diah, sehelai permaidani pelbagai warna, sehelai selimut tebal dan bulu kemaluan.

Manakala empat bahan bukti sebelum ini turut dibuka melibatkan sehelai seluar panjang hitam, kemeja Ralph Lauren, sehelai kemeja hijau G2000, dua seluar dalam warna biru gelap dan kelabu jenama Levis.

Menerusi perbicaraan itu, Anwar diwakili Peguam Sankara Nair dan Ram Karpal Singh. Hadir sama, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan.

Persoalannya di sini siapa sebenarnya individu terbabit (yang memiliki DNA Y) yang ‘mungkin bersama’ dengan Saiful dalam masa yang sama meninggalkan kesan mungkin ‘selepas bersama’.

Siapakah sebenarnya Saiful dalam kes ini dan apakah kewujudan individu lain dalam kes ini akan nanti membawa interpretasi dan kesan lain dalam perbicaraan.

Namun Dr Cheah sendiri tidak menolak pandangan campuran DNA yang ditemui itu mungkin akibat penggunaan atau perkongsian mangkuk tandas yang sama.

Hingga kini, persoalan kewujudan DNA lelaki Y masih membayangi kes perbicaraan, malah permintaan Anwar untuk memaksa Najib serta Rosmah berdepan di mahkamah menjadi saksi tidak juga dibenarkan.

Kini dalam perbicaraan terakhir, pihak tertentu cuba memesongkan pemikiran rakyat bahawa benar Anwar meliwat Saiful tetapi bukan dengan keadaan seperti yang disebutkan Saiful iaitu secara ganas dan rakus.

Walhal, keterangan Saiful mengesahkan beliau dipaksa, diperlakukan dengan rakus kononnya ketika bersama dengan Anwar. Awal Januari ini bakal menentukan nasib Anwar, sama ada akan didapati bersalah atau sebaliknya. Keadilan yang dikenakan ke atas Anwar seolah-olah ‘tersangat berpihak’.

Sementara, permintaan Anwar untuk mengukuhkan hujah pembelaan tidak kesampaian kerana seperti kata Saifuddin Nasution, kes ini telah diskripkan sejak daripada awal lagi.

Segala kedangkalan ini menyelaputi pertuduhan terancang yang dilakukan Umno- BN untuk membunuh karier politik Anwar.

Kita tidak pasti apakah keputusan Mahkamah Tinggi 9 Januari ini, tetapi berdasarkan suasana politik hari ini, tidak mustahil Anwar disumbat ke dalam penjara sekali lagi, untuk menyelamatkan masa depan politik Umno.

Tiada ulasan: