"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengerusi kariah Masjid Jelutong kena penampar

Pengerusi kariah kena tampar
GEORGETOWN: Pengerusi Kariah Masjid Jelutong, Mohamed Yusof Mohamed Noor kena penampar anak kariah sendiri gara-gara mereka tidak berpuas hati dengan kepimpinannya.

Kejadian itu berlaku di Masjid Jelutong selepas solat Jumaat apabila anak kariah tidak puas hati dengan pendekatan yang digunakan Mohamed Yusof mentadbir masjid itu sejak tiga tahun lalu.

Difahamkan, anak kariah itu yang mempunyai masalah peribadi dengan pengerusi itu.

Bagaimanapun, keekcohan itu berjaya dileraikan oleh beberapa anak kariah lain yang segera campur tangan.

Aksi tampar dahi itu berlaku di ruang solat masjid berkenaan selepas Mohamed Yusof memberi kenyataan kepada wakil media mengenai dakwaan sekumpulan anak kariah bahawa beliau sengaja membuat pelantikan jawatankuasa kariah masjid untuk 2012 secara rahsia dan tidak mengumumkannya.

Terdahulu, kira-kira 20 anak kariah Masjid Jamek Jelutong mengadakan demonstrasi selepas solat Jumaat membantah pelantikan Mohamed Yusof sebagai pengerusi jawatankuasa kariah masjid itu.

Ia diketuai Pengerusi Persatuan Badan Bertindak Penduduk Jelutong Timur, Zarus Yusof, yang turut membidas dan mendakwa Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim campur tangan dalam urusan pemilihan jawatankuasa kariah masjid sehingga menyebabkan perpecahan dalam kalangan anak kariah.

Mereka turut membawa beberapa sepanduk yang tertulis ‘Jangan jadi kuda tunggangan politik: peringatan kepada Jabatan Agama Islam', 'Kami anak kariah mendesak pelantikan AJK tahun 2012 ditarik balik dan dibatalkan' dan 'Siasat akaun masjid, kenapa takut?'

Zarus berkata, perpecahan berlaku disebabkan campur tangan politik ke atas pemilihan jawatankuasa kariah masjid itu mengakibatkan ramai anak kariah tidak puas hati dan mahu ia diadakan semula.

"Pengerusi sekarang gagal mentadbir masjid ini sejak tiga tahun lalu. Dia tidak pernah mengadakan mesyuarat agung dengan anak kariah dan tidak pernah membentangkan simpanan kira-kira masjid.

"Malah, timbalan pengerusi, setiausaha serta ahli jawatankuasa (AJK) wanita masjid sebelum ini disingkir tanpa sebarang alasan munasabah dan langsung tidak dimaklumkan kepada anak kariah," katanya.

Sementara itu, Mohamed Yusof berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat pemilihan jawatankuasa kariah masjid terbabit dalam tempoh terdekat dan menyifatkan bantahan itu berlaku akibat salah faham.

Beliau berkata, semua perkara berbangkit termasuk masalah dalaman akan dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan dan 11 agenda mengenai perancangan kariah masjid juga dibentangkan.
-sinarharian-

Tiada ulasan: