"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kedutaan Malaysia-United Kingdom Sedia Khidmat Pelacur?

laniismaa


Benarkah pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom kini bukan saja menyediakan perkhidmatan permohonan pasport, tetapi juga perkhidmatan pelacuran?

Mungkin ia kedengaran seperti tidak masuk akal, tetapi itulah hakikatnya!

Inilah yang anda temui sekiranya anda hendak mencari maklumat berkaitan pejabat tersebut dalam enjin pencarian Google.

Penulis pada mulanya agak meragui perkara itu, lalu penulis cuba untuk menaip perkataan ‘Malaysian High Commission in London’ di laman berkenaan.

Memang benar, selain gambar pejabat, ada disenaraikan peta lokasinya sekali.

Tetapi yang lawaknya, turut tertulis perkataan PROSTITUTION di situ sekaligus memberi gambaran seolah-olah pejabat kedutaan kita turut menyediakan perkhidmatan persundalan, pergh!

Sementara itu portal The Malaysian Insider yang turut menyedari ‘masalah’ tersebut ada menghubungi pihak Google untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkenaan.

Menurut ketua komunikasi dan hal ehwal awam Google Malaysia, Zeffri Yusof, kesilapan yang terjadi mungkin disebabkan terdapat ‘data yang tidak betul’.

Dia menjelaskan, pihak Google sedang menyiasat bagaimana ‘perkataan’ itu boleh tertera tetapi pihaknya belum boleh membuat apa-apa pindaan kerana ia akan dilihat percubaan untuk membuat tapisan sendiri.

Sementara itu jurucakap Kementerian Luar mengesahkan menyedari perkara itu dan telah memfailkan aduan kepada pihak Google untuk membetulkan perkara berkenaan.

Baguslah kalau orang kementerian cepat sedar dan ambil tindakan pantas kerana ini boleh mencemarkan nama baik negara kita di pihak luar.

Kena ingat, Google merupakan enjin pencarian paling popular dan digunakan secara meluas di seluruh dunia untuk pelayar internet mencari maklumat mengenai satu-satu perkara.

Dan kena ingat, perkataan seperti PROSTITUTION juga sering dicari dalam internet.

Tak sanggup rasanya kalau pejabat kedutaan kita tiba-tiba didatangi ramai pengunjung, bukan kerana nak buat pasport, tetapi kerana DISERBU lelaki durjana yang mahu melampiaskan nafsu serakah mereka, malu boboi!! EkELEH.com

Tiada ulasan: