"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Umno BN kecewa Selangor tak juga bankrap

Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 10 Jan: Para pemimpin Umno BN terus kecewa, apabila Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang dijangka akan bankrap kerana memberikan air percuma kepada rakyat, tidak juga bankrap walaupun telah empat tahun memerintah negeri itu.
Malah dalam masa yang sama, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor boleh pula mengumpulkan wang dengan jumlah amat besar sehingga melebihi RM1,000 juta atau melebihi RM1 bilion tahun lalu untuk diagihkan dan dipergunakan bagi kepentingan rakyat.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor itu memberikan tamparan amat hebat kepada para pemimpin Umno BN kerana ia berlaku di luar dugaan mereka.

Menurutnya, pada jangkaan mereka, setelah memberikan air percuma kepada rakyat sebaik sahaja memerintah Selangor sejak tahun 2008 lalu, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pasti akan bankrap.

Katanya, tetapi setelah menunggu tahun demi tahun sehingga tahun ini, kejadian itu tidak juga berlaku, sebaliknya Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor semakin kaya, malah dapat mengutip hutang-hutang yang ditinggalkan oleh mereka dengan jayanya.

"Para pemimpin Umno BN ternyata amat kecewa dengan kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mentadbir negeri dengan baik. Ini juga membuktikan jika kita mentadbir negeri dengan baik, kita tak akan rugi, malah semakin berjaya," katanya pada satu majlis bersama orang ramai, di sini.

Kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengumpulkan kekayaan untuk negeri sehingga sebanyak itu, menurut beliau, bukan sekadar membuatkan para pemimpin Umno BN sudah tidak berani lagi membuat andaian seperti itu, malah turut meniru langkah-langkah yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Katanya, sehingga tahun 2011, kutipan yang sebelum itu sebanyak RM400 juta meningkat kepada RM500 juta dan kemudian meningkat lagi sehingga melebihi RM1,000 juta.

"Mereka terdiam kerana Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tak juga bankrap. Air yang diberikan percuma kepada rakyat tak bocor dan mereka juga tahu pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat tak bocor," tegasnya.

Tiada ulasan: