"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Apa lagi Hasan Ali ni?

Wan Nordin

Setelah semua pihak menutup mulut dan tidak mahu mengulas apa sahaja tindakan Hassan Ali, namun Exco Kerajaan Selangor itu masih berkokok di luar sana.


Tidak segan silu menggunakan TV3 dan akhbar lain yang pro-Umno, Hassan terus menyatakan pendiriannya terhadap beberapa isu semasa termasuk dalam kes Himpunan 901.

Saya amat bersetuju dengan cadangan Hassan agar Presiden PAS, Dato' Seri Hadi Awang atau Tuan Guru Nik Aziz menjadi Perdana Menteri, namun dalam pada itu juga Hassan ada menyatakan agar ahli PAS tidak menyertai himpunan 901.

Beliau menyelar kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Abdul Hamid yang mahu ahli PAS turut serta dalam Himpunan 901 di Mahkamah Jalan Duta 9 Januari ini.

Inilah toleransi Hassan Ali dalam berpolitik, duduk dalam PAS, menang atas tiket PAS, tetapi nada percakapan sama seperti Ibrahim Ali yang menang atas tiket bersama PAS pada PRU-2008. Inilah kebijaksanaan politik Hassan Ali yang mashul.. Hebat sangat, pandai sangat...pandaiiiiiii woooooo (pinjam kata Ali Maiden)...

Tiada bezanya antara Hassan dan Ibrahim Ali, malahan nada mereka hampir serupa kini.

Ramai kalangan ahli PAS memang terpesona dengan kepetahan Hassan Ali bermotivasi, hingga menampakkan wajah sebenar tokoh motivasi itu kini.

Tak mengapalah wahai Hassan, teruskan bermotivasi dan teruskan menjaja pandangan kamu di akhbar pro-Umno, walaupun ianya perit kepada PAS... tak apa kamu memang hebat dan dipuja oleh ramai..Anta hebattt.... hebattttt....(meyampah aku dengan ayat ni).

Selepas ini akan ada lagi kenyataan Hassan Ali yang terpaksa hanya dipandang sahaja oleh kita semua sebagai suatu yang sangat bertentangan dengan parti... Tak apa kebebasan... bebas menyatakan apa sahaja,,, katalah selagi kamu hidup.......

Ahhhh...malas dah aku nak layan si Hassan Ali ni.. ada baik aku jumpa Pak Ali (kawan yang menjual air tebu)... dia ada jauh lebih baik dari HA.....

Tiada ulasan: