"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dividen RM400 untuk peneroka tak cukup bayar hutang bank

Muda Mohd. Noor
PETALING JAYA: Dividen interim RM400 kepada peneroka yang mencarum dalam Felda Global Ventures (FGV) masih belum mampu membayar hutang pinjaman, dakwa biro peneroka PKR.
Biro PKR itu mendakwa, jumlah hutang yang ditanggung peneroka kini mencecah antara RM5, 000 dan RM6, 000 seorang.

“Jumlah hutang yang tinggi itu untuk membeli 800 unit saham FGV dengan mengambil kira bayaran balik pinjaman bank, kadar fedah dan yuran pemprosesan.

“Ini bermakna dividen sebanyak RM400 atau 5.5 sen seunit belum mampu untuk membayar hutang mereka,” kata Ketua Biro Peneroka PKR, Suhaimi Said.

Semalam Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan dividen interim sebanyak RM400 kepada 112, 635 peneroka hasil keuntungan penyenaraian saham FGV.

Perdana Menteri mengumumkan demikian dalam majlis jamuan Aidifiri di ibu negara.

Bagaimanapun, Suhaimi turut mempersoalkan bagaimana FGV boleh memberi dividen sebanyak RM400 seorang kepada pemegang sahamnya.

`Syarikat saham atau koperasi?

“Ini cara perniagaan sebuah syarikat koperasi, tetapi FGV bukan koperasi. Bagaimana, mereka boleh umumkan pemberian dividen.

“Sepatutnya kalau dalam urus niaga saham, jika saham murah orang beli dan kalau saham mahal orang akan jual.

“FGV ini niaga saham atau sebuah koperasi?” tanya beliau.

Pada masa sama, Suhami mendakwa, FGV masih gagal menarik pelaburan luar kerana sehigga ini hanya disertai korporat tempatan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Tabung Haji dan yang terbaru ialah Kumpulan Genting.

Katanya, pelaburan oleh syarikat tempatan ini hanya untuk memepertahankan nilai pelaburan dan bukannya boleh menambah.

Tiada ulasan: