"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Peluru yang terakhir ...?

SELENA TAY
Kini Umno telah kehabisan peluru untuk menyerang PAS yang telah diperkuatkan dengan penyertaan ramai orang yang ternama. Perkara ini tidak pernah berlaku dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini.

Oleh itu, Umno telah menggunakan pelurunya yang terakhir dengan amat mujarab sekali - iaitu dengan mensasarkan DAP.

Taktik Umno untuk menjatuhkan PAS ialah dengan menumbangkan DAP. Ini adalah kerana PAS, DAP dan KeADILan adalah satu rangkaian ikatan yang kuat dalam Pakatan Rakyat tetapi jika satu daripada mereka dapat ditumbangkan maka semuanya akan tumbang sekaligus.

Sudah jelas bahawa Umno telah gagal menembusi tembok PAS yang semakin kuat dan kukuh dan disebabkan oleh perkara ini, DAP telah menjadi mangsa taktik jahat Umno. Ini juga menunjukkan bahawa Umno berpolitik 24 jam sehari, 7 hari seminggu: tak henti-henti berpolitik, tak peduli masa dan musim.

Masyarakat Melayu harus renung kembali perbuatan Umno ini. Adakah perbuatan seperti ini betul ataupun baik? Tidakkah perbuatan Umno telah melanggar etika berpolitik?

Masyarakat Melayu sebenarnya tidak mempunyai pilihan lain dan patut memberi sokongan kepada parti Melayu yang berlandaskan Islam dan yang melakukan perkara yang betul sahaja, iaitu PAS. Ini adalah kerana Umno menyerang DAP yang menolak Hudud tetapi gagal menegur rakan karib mereka iaitu MCA yang bukan sahaja telah menolak Hudud malah menghina ugama Islam sekaligus.

Adakah Umno telah mengiktiraf ketuanan MCA dalam BN?

Tiada ulasan: