"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tentu Umno tidak begitu bodoh...

SELENA TAY
Tiga hari yang lalu, penulis menerima satu pesanan teks yang menyatakan bahawa Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam bulan Oktober dan tarikh mengundi ialah Ahad, 28hb Oktober.

Penulis pun bertanya pendapat Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad dari PAS berkenaan dengan pesanan teks tersebut samada terdapat kemungkinan bahawa PRU13 akan diadakan dalam bulan Oktober.

"Jika PRU13 diadakan dalam bulan Oktober iaitu bulan menunaikan ibadah Haji, ia akan menunjukkan bahawa Umno tidak menghormati ugama Islam. Tentu Umno tidak begitu bodoh sebab jika ia berbuat demikian maka pengundi Melayu akan berpihak kepada PAS dan dengan kehilangan sokongan dari masyarakat Cina, tentu BN akan mengalami kesukaran untuk menang banyak kerusi dalam pilihanraya nanti," jelas Dr. Dzulkefly.

Beliau juga berpendapat bahawa PRU13 hanya akan diadakan dalam bulan September atau ditunda ke tahun depan jika gagal dilaksanakan dalam bulan September.

"Kerajaan juga telah mengumumkan bahawa keadaan ekonomi negara mempunyai pertumbuhan yang baik dan berada pada landasan yang kukuh. Oleh itu saya berpendapat bahawa kerajaan tidak akan adakan pilihanraya dengan tergesa-gesa kerana jika dibuat dengan tergesa-gesa ia akan menimbulkan syak wasangka bahawa terdapat sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang perlu disembunyikan. Dan ini tentunya akan bertentangan dengan program Transformasi yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak yang telah menjanjikan ketelusan dan kebertanggungjawaban yang baik," sambung Dr. Dzulkefly lagi.

Tiada ulasan: