"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gambar saya bersama “Pengganas Abu Sayaf”

rozmal
Berlegar di internet sekarang ini gambar antara pemimpin Umno dengan Sultan Sulu, antara pemimpin PKR dengan pemimpin MNLF dan sebagainya. A picture tells a thousand stories. Elakkanlah membuat fitnah yang bukan-bukan. Kita ni rakyat biasa, bukan perisik tentera. Kerja kita sebagai rakyat biasa yang beragama Islam ketika Sabah dalam pergolakan sekarang ini bukannya menyebarkan berita yang bukan-bukan.

Kerja kita sebagai rakyat biasa yang bukan anggota keselamatan , bukan risik tentera ialah sentiasa berdoa agar pergolakan di Sabah dapat diselesaikan segera dengan cara yang terbaik, serta keamanan dipulihkan agar umat Islam di Sabah dapat beribadah dengan sempurna, dapat menghidupkan semula masjid-masjid di Sabah.

Doakan anggota PDRM dan ATM kita sentiasa mendekatkan diri dengan Allah dalam menghadapi konflik di Sabah. Semoga mereka yang telah gugur dalam mana-mana medan pertempuran sebelum ini, gugur sebagai seorang syuhada.
Kalau nak ikutkan gambar, saya pun ada gambar dengan “pengganas” yang amat ditakuti oleh dunia yang dikaitkan dengan kumpulan Abu Sayyaf di Filipina. Tapi itu sekadar gambar, lebih 30 tahun dulu, tahun 1982.

“Pengganas” yang dimaksudkan ialah Marwan, atau nama sebenarnya Zulkifli Abdul Khir. Antara orang yang paling dikehendakki oleh CIA. Dia junior saya setahun. Di sekolah kami panggil di Cheng. Sekolah kami memang terkenal menggelarkan orang dengan gelaran yang glamour, cuma saya saja salah seorang yang tidak ada gelaran.

Cheng ni bersama saya semasa kadet tentera di sekolah dulu. Dia ni memang cekap menembak. Kami dulu tak guna M16, tapi guna SLR, senapang yang paling berat, macam bawa guni beras. Peluru pun macam peluru AK47, 7.62mm. Tembakannya macam tembakan senapang patah, nak gugur bahu dan nak pekak telinga.

Kebetulan pula kadet tentera sekolah kami dibawah seliaan Rejimen 508 AW yang ayah saya menjadi CO semasa itu.

Itu cerita dululah. Sejak habis sekolah saya tidak mendapat khabar mengenai Cheng. Hinggalah tahun lepas rakan sekolah saya menceritakan mengenai Cheng.

Sama-samalah kita berdoa agar konflik di Sabah dapat diselesaikan dengan segera. Dan sama-samalah kita mendoakan keselamatan anggota ATM dan PDRM kita.

Elakkan menyebar berita yang bukan-bukan. Banyakkan berdoa, berzikir, berselawat.

Gambar saya bersama Cheng dan rakan-rakan lain dalam kadet tentera 30 tahun dulu di http://rozmal.blogspot.com/ 

Tiada ulasan: