"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mashitah ajar TG Nik Aziz tentang sifat munafik

laniismaa
Mashitah
Mashitah nampaknya nak mengajar TG Nik Aziz tentang sifat munafik dalam tulisan terkini beliau di Sinar Harian. Dari segi realiti, ucapan yang bersifat kemunafikan bukanlah teladan yang diwarisi daripada Rasulullah SAW. Bahkan sepanjang menyampaikan dakwahnya, Rasulullah SAW sangat menekankan kesantunan berbahasa dan memberi nasihat menggunakan hujah yang jelas (Surah al-Nahl:125). – SinarHarian

Mashitah menyokong penuh tuduhan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria ke atas TG Nik Aziz berkaitan ‘haiwan’. Tuduhan Harussani “lebih teruk dari kafir” seperti tajuk Berita Harian. Sangat bertepatan dan munasabah, tulis Mashitah pula.

Sahlah Harusani dan Mashitah tak lulus BM kerana tak memahami bidalan TG Nik Aziz. Mereka juga ingin menabur fitnah tanpa meneliti terlebih dahulu video ucapan tersebut. Mungkin mereka memahaminya dan melihat video tersebut tetapi kerana mereka boleh sesuka hati menjual agama kerana ingin mengambil hati tuannya sempena PRU-13.

Maka Mashitah turut serta membuat fitnah. Lagi malang bagi UMno yang mempunyai tokoh yang bukannya membetulkan apa yang tak betul tetapi turut sama menjadi tak betul. Turut sama menjadi macai.

Upahnya, bolehlah Mashitah menjadi calon UMno Parlimen Baling. Menjadi wakil Parlimen Baling belum tentu kerana ramai orang juga benci kepada pemfitnah!! - LAGI.MY

Tiada ulasan: