laniismaa
Seorang suami Mohd Khairul Azmi Jaafar, 39 ditemui mati dalam keadaan tangan dan kakinya terikat jam 5 petang semalam, 5 Mac 2013. Teramat malang kerana mati dibelasah isteri sendiri yang dikatakan seorang penyanyi.
Harian Metro melaporkan, mangsa ke rumah isterinya kerana ingin bertemu anak yang berusia setahun. Pertengkaran dan pergelutan telah berlaku sehingga mangsa pengsan kerana serangan jantung seperti dijelaskan pihak polis. Ketika itulah si isteri yang berusia 39 tahun dibantu dua anak saudara mengikat mangsa. Ia adalah kerana tidak mahu membiarkan mangsa bertemu anak perempuan mereka.
Mereka suami isteri telah tinggal berasingan sejak setahun lalu dan kini dalam proses perceraian. Suspek bersama dua anak saudaranya kini ditahan polis.
Kini timbul persoalan siapakah penyanyi tersebut. Penyanyi perempuan berusia 39 tahun dan tak aktif menyanyi lagi. Disebut penyanyi irama Latin tahun 90-an dan pernah menang di Anugerah Industri Muzik. Dikatakan N**** Ramli, namun belum dipastikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan