"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Haji Saiful Bukhari Kantoi Lagi

psyco
Dalam keadaan terdesak , UMNO pula cuba melawan bom nuklear yang diletupkan oleh Bapak Saiful dengan mengadakan sidang medianya tersendiri. Di dalam sidang tersebut yang baru sahaja selesai dilangsungkan, Saiful pula cuba mengajar bapaknya untuk kembali ke pangkal jalan.
Semua orang sahaja tersenyum melihat gelagat UMNO yang kini bagai cacing kepanasan. Anak pula yang mengajar bapa.
Nasib UMNO kini benar benar mirip kerajaan Jepun dan Nazi semasa pengakhiran Perang Dunia Kedua dimana ramai cuba meninggalkan kapal bahteranya yang nampak sudah nak karam.
Pertama, pengakuaan bapa Sayful sekali gus menghancurkan segala percubaan untuk mempalitkan Dato Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai isu. Ianya menghancurkan percubaan mempalitkan Dato Seri Anwar dengan isu pencerobohan Lahad Datu, ianya menghancurkan percubaan mempalitkan DSAI dengan isu China Doll, ianya menghancurkan percubaan mempalitkan DSAI dengan isu Sodomi 1 dan Sodomi 2.

Ini kerana, semakin lama DSAI cuba dipalitkan dengan seberapa banyak isu yang boleh, maka semakin sukar ianya untuk dipercayai oleh rakyat jelata. Dengan adanya pengakuaan Bapa Saiful, maka rakyat telah mendapat bukti jelas yang segala segalanya hanya perbuatan jahat yang bertujuan untuk memfitnah DSAI dan mewujudkan persepsi negatif terhadapnya.
Kedua, pengakuan bapa Sayful umpama meletupkan peluru berpandu di kampung UMNO. UMNO telah menghabiskan masanya berkempen secara habis habisan untuk membunuh karektor politik DSAI. Tujuan UMNO bukannya untuk memuliakan diri mereka tetapi untuk membuat DSAI kelihatan lebih teruk dari mereka.

Tetapi sekarang sebaliknya yang berlaku. Dahlah UMNO sinonim dengan pemimpin lemah, tidak patriotik, perasuah, kurang pandai, penuh dengan masalah dalaman, rasa bongkak, tidak demokratik, mata duitan dan mencipta isu demi survival politik, racis, berfikiran sempit tetapi kini mereka bakal dikategorikan sebagai pemfitnah.
Dengan adanya pengakuan bapa Sayful ni, maka UMNO tiada lagi sebarang lunas ataupun landasan untuk berkempen. Kalau nak berkempen kononnya pemimpin UMNO ni satu satunya pemimpin Melayu yang disegani, tak boleh kerana orang yang mendengar tu muntah.Kalau nak berkempen kononnya mereka pejuang Melayu terakhir - tak boleh kerana Perkasa dah ambil tempat tu terlebih dahulu. Kalau nak berkempen konnonya UMNO ni mempertahankan kedaulatan negara - tak boleh kerana UMNO mendalangi projek IC yang ditolak lebih 90% pengundi. Kalau nak kempen kononya "Anwar Ibrahim itu .." tak boleh. Tak sampai UMNO nak habiskan ayatnya orang dah lempar slipar!

Maka berlumba-lumbalah tikus meninggalkan bahtera UMNO yang sudahpun dah nak karam. Tan Sri Musa, yang sekian lama cuba menjadi mahluk dua alam dijangka akan berbuat sama. Kemudian ianya akan diikuti oleh bekas orang kuat UMNO sehingga tiada lagi pelampung keselamatan.

Dan setelah itu, maka berkaramlah bahtera UMNO sambil disambut sorakan dan tepuk tangan oleh kesemua rakyat Malaysia.

Kerana terlalu menggelupor dan hilang punca , maka beliau dan pengarah filem lupa ''touch upkan'' tanda iman di dahi Haji Saiful Bukhari seperti biasa semalam pada sidang media beliau di bandingkan kunjungan nya ke Tanah Suci Mekah kerana mengerjakan Haji pada 2012 . lupa skrip lagi der

-tranungkite-

1 ulasan:

Nazaruddin si Hamba Allah berkata...

Agak menghairankan jugak bagaimana Saiful begitu cepat membuat kenyataan balas hanya berselang beberapa jam dengan dihadiri oleh puluhan wartawan media-media utama. Ia menampakkan seolah Saiful telah maklum lebih awal berkaitan pendedahan yang akan dilakukan oleh bapanya. Jika bapanya membaca skrip (teks) semasa membuat kenyataan akhbar, Saiful juga melakukan perkara yang sama. Adakah ini suatu perancangan yang telah disusun dan diatur oleh pihak2 tertentu? AWAS lah wahai para\ pimpinan PR! Janganlah terlalu gelojoh ingin meraih keuntungan politik daripada sesuatu isu. Majoriti rakyat telah melupakan kisah Liwat 2 dan Saiful ni bila mahkamah telah memutuskan bahawa DS Anwar tidak bersalah. Isu ini juga seolah-olah rantaian isu selepas isu pencerobohan SUlu di Lahad Datu yang ingin meneggelamkan isu-isu penyelewengan UMNO-BN yang tanpa penat didedahkan oleh para pimpinan PR selama ini. Atau juga ini adalah isu baru yang ingin menutup cerita (sandiwara tempang) pencerobohan Sulu di Lahad Datu yang mengundang semakin banyak isu sampingan yang mula diperkatakan serta dipersoalkan masyarakat umum dan antarabangsa?

Janganlah nanti drama sandiwara Yeop Pasior di Perak yang sedikit sebanyak mempermainkan & memalukan DS Nizar akan berlaku sekali lagi. Bayangkanlah apa akan jadi kiranya Deepak, Bala dan bapa Saiful ni sekali lagi buat U-Turn dalam tempoh seminggu PRU13 diadakan? UMNO-BN ada media massa yang sampai ke seluruh rakyat hatta di ceruk kampung dan felda untuk 'spin' dan mempergunakan semahunya isu tersebut, sedangkan di pihak kita.. adakah kita mampu untuk menyerang balas lagi ketika itu? Sekadar fikirkan sebarang kemungkinan dan ber AWAS dengan strategi musuh.

P.S.: Tak salah anak menasihati bapak kalau bapak tersebut menyeleweng. Hati2 dengan statement yg boleh dipertikaikan.