Detik Daily
Keputusan sebulat suara itu dicapai pada mesyuarat UMNO negeri, di sini malam kelmarin berikutan tindakan ahli perniagaan terbabit yang disifatkan mencemarkan imej UMNO dan memecahbelahkan perpaduan parti.
Ketua Menteri yang juga Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata UMNO memandang serius tindakan ahli terbabit mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu dan mencadangkan agar MT mengambil tindakan tegas terhadap Datu Mohd Akjan bagi menjamin keutuhan parti.
"UMNO negeri akan mengemukakan surat rasmi kepada MT tidak lama lagi.
Mesyuarat pada malam ini (kelmarin) mahu tindakan tegas diambil terhadap beliau," katanya pada sidang media selepas mesyuarat berkenaan.
Beliau yang mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa kerajaan negeri tidak mengiktiraf tindakan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu, meminta polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.
Awal bulan ini, Datu Mohd Akjan yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) Cawangan Sabah dilapor ditabalkan sebagai Sultan Sulu selepas mengangkat sumpah kesetiaan dalam majlis di sebuah rumah di Kampung Likas, dekat sini.
Majlis itu turut disaksikan sekumpulan 60 jemputan, termasuk beberapa individu yang didakwa sebagai Pegawai Kanan Kesultanan Sulu.
Sumber: Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan