"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Seorang Menteri Besar tanpa dompet?

Harakahdaily
(TG Nik Aziz menerima dompet dari Tuan Ibrahim yang dihadiahkan oleh seorang aktivis PAS. Gambar kecil TG Nik Aziz menggunakan sampul surat sebagai tempat menyimpan duitnya)
KUALA LUMPUR: Selepas melihat sekeping gambar Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik yang hanya menggunakan sampul surat sebagai dompet, seorang ahli parti membuat keputusan untuk membuat satu hadiah istimewa buat Tuan Guru kesayangannya.

Dompet itu dibuat khas untuk TG Nik Aziz oleh orang seorang aktivis PAS untuk Menteri Besar Kelantan itu.

Dompet berlambang bulan logo PAS itu kemudiannya diserahkan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk diserahkan kepada TG Nik Aziz.

Menjelang mesyuarat Majlis Syura baru-baru ini, Tuan Ibrahim bersama Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Mohd Salleh menyerahkan dompet itu kepada TG Nik Aziz.

Dompet tersebut dibuat tangan, berwarna hijau dan mempunyai logo PAS.

Nik Aziz berkata beliau hanya pernah membeli dompet dua kali sahaja dalam hidup beliau.

Sekali sebelum bertolak untuk belajar di luar negara berpuluh tahun lalu dan sekali lagi semasa kepulangan beliau dari sana.

TG Nik Aziz belajar di India dan Universiti Al Azhar, Mesir.

* Gambar atas Menteri Besar Kelantan menerima dompet hijau tersebut hangat dikongsikan di laman Facebook, dengan 108,000 views hanya dalam 4 jam.

Tiada ulasan: