"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bapa Sepol Mahu 'U-Turn' Atau Tidak, Rakyat Peduli Apa?

WFAUZDIN NS

DENGAR khabarnya bapa si Sepol akan buat kenyataan media lagi. Sebelum ini Timbalan Ketua Polis Negara beritahu mahu soalsiasat Pak Cik Azlan ayah si Sepol selepas beliau secara terbuka mengaku silap menyebelahi anaknya di dalam kerja fitnah terhadap DS Anwar. Beliau juga telah memohon maaf kepada Ketua Umum PKR dan keluarganya atas penglibatan kerja jahatnya sebelum ini.

Ramai juga yang pelik, selepas pihak Polis memberitahu ingin bertemu beliau, dikatakan beliau ingin mengeluarkan satu lagi kenyataan. Mungkin kenyataannya kali ini untuk memperkuatkan hujahnya yang mendakwa anaknya si Sepol itu telah dipergunakan oleh orang-orang politik musuh DS Anwar atau bapa si Sepol ini mahu melakukan aksi "U-Turn" seperti yang pernah dilakukan oleh P1 Bala di dalam Akuan Bersumpahnya dahulu.

Sebenarnya, jika Pak Cik Azlan ini tidak membuat pengakuan bersalah sekalipun, rakyat tetap menolak kerja fitnah yang langsung tidak masuk akal itu. Sebab itu lah maka DS Anwar sebut pengakuan bersalah bapa si Sepol itu tidak memberi kesan apa-apa melainkan sekadar menjadi kewajipan sahaja buat Pak Cik Azlan untuk memohon maaf setelah berbuat satu kesalahan besar terhadap orang lain. Itu sahaja. Rakyat telah lama menolak bahan fitnah jijik seperti itu melainkan spesis bangkai sahaja yang memakan benda-benda yang kotor dan jijik tersebut.

Satu lagi yang pelik, mengapa pihak Polis mahu bertemu bapa si Sepol? Untuk menyiasat samada beliau diberi upah untuk membuat pengakuat bersalah? Jika begitu, mengapa P1 Bala juga tidak disiasat? Bukankah P1 Bala kini telah berada di negara ini dan beliau telah lakukan kesalahan yang tidak kurang besarnya iaitu membuat Akuan Bersumpah yang salah satu darinya tidak diketahui mana satu yang benar. Meskipun P1 Bala di dalam kenyataan terbarunya mengakui bahawa Akuan Bersumpah pertamanya adalah yang sah, namun beliau patut disiasat juga untuk kita mengetahui mengapa beliau membuat Akuan Bersumpah kedua? Siapa yang arah beliau? Ini perlu disiasat juga.

Terlalu banyak misteri di dalam negara ini apatah lagi menjelang PRU. Kadangkala yang misteri menjadi lucu akibat gopohnya puak-puak yang takut kehilangan Putrajaya itu merancang untuk membuat fitnah, lucunya kerana perancangan mereka nampak bodoh lagi tidak masuk akal.

Tiada ulasan: