"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Budak 8 tahun berkahwin dengan nenek 61 tahun (Gambar)

Budak kahwin nenekCAPE TOWN: Seorang murid lelaki berusia lapan tahun dari Afrika Selatan mengikat tali perkahwinan dengan seorang wanita warga emas berusia 61 tahun hanya kerana mengikut 'arahan' roh nenek moyang.
Kanak-kanak itu, Sanele Masilela dari bandar Tshwane berkahwin dengan Helen Shabangu, seorang ibu kepada lima orang anak dekat sini, semalam.

Masilela berkata, dia telah dimaklumkan oleh nenek moyang supaya berkahwin dan keluarganya yang bimbang akan dikenakan hukuman jika tidak mengikut 'arahan' itu, bertindak menguruskan perkahwinannya.

Mereka membayar sebanyak 500 pound (RM2,290) kepada pengantin perempuan manakala 1,000 pound (RM4,581) lagi untuk majlis perkahwinan itu yang diuruskan dalam tempoh dua bulan.

Dengan memakai tali leher bow dan sut berwarna perak, Masilela anak bongsu kepada lima beradik saling bertukar cincin dengan pasangannya di hadapan 100 tetamu yang hadir.

Perkahwinan itu nyata mengejutkan sesetengah masyarakat, namun keluarganya mempertahankan keputusan mereka dengan menyifatkannya sebagai satu ritual dan ia tidak terikat secara undang-undang kerana tidak didaftarkan.

Ibu Masilela, Patience, 46, berkata, perkahwinan itu pertama kali berlaku dalam kalangan keluarga mereka.

''Masilela, mengikut 'arahan' mendiang datuknya yang tidak pernah berkahwin supaya mengahwini perempuan itu.

''Datuk Masilela memilih Helen kerana dia cintakannya dan dengan perkahwinan itu, kami telah menggembirakan nenek moyang kami dan sekiranya ia tidak dilaksanakan, maka nasib buruk akan menimpa kami,'' katanya.

Sementara itu, Masilela berharap akan berkahwin secara formal dengan wanita sebaya dengannya bila sudah dewasa./ AGENSI

1 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum...

Mohon saudara link kan blog http://beritablogs.blogspot.com/
demi menyemarakan perang siber dalam mencari kebenaran...
terima kasih

Admin Berita Blogger
http://beritablogs.blogspot.com/