"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UMNO bunuh diri?

senik
Assalamualaikum,,..
tian mahkamahBerita di TV sebentar tadi menyiarkan liputan pendakwaan Tian Chua, yang dituduh di bawah akta hasutan.Menariknya, pertuduhan itu apabila dibaca berbunyi UMNO dan pemberian IC.Sudah tentu ianya merupakan publisiti percuma kepada Tian Chua dan PR yang selama ini kenyataan pemimpinnya tidak pernah mendapat liputan TV.Pertuduhan tersebut yang dibuat dalam empat tuduhan hanyalah kenyataan Tian Chua tentang kelemahan menangani pencerobohan dan penipuan UMNO dalam isu pemberian IC kepada warga asing termasuk bangsa Sulu.
Nampaknya UMNO semakin huru hara kerana militia Sulu menuntut Sabah.Ezam baru sahaja mengumumkan penubuhan Bersatu, NGO yang tidak bermotifkan politik yang disertai oleh NGO bukan politik seperti PERKASA dan beberapa NGO yang mengamok di depan ibu pejabat PKR baru baru ni.Ezam medakwa peristiwa Lahad Datu patut membawa kita bersatu, kalau kita gagal bersatu kerana anasir luar ini, alamak negara kita akan menjadi negara yang gelap(maaf lupa kata kata ezam tadi).Ezam mahu kita bersatu dalam masa dia mendesak supaya kerajaan mengkaji undang undang yang lebih berat untuk mendakwa Tian Chua, katanya pertuduhan itu masih belum cukup, kalau boleh kerajaan patut menggunakan peruntukan yang boleh menggugurkan kerakyatannya kerana kurang ajar.

Huru haranya UMNO nampak jelas sekarang, siapa yang mengembangkan dan menyuburkan peningkatan anasir luar? Tapi UMNO tetap mahu menyalahkan orang lain.Tian Chua yang kurang ajar atau Ezam dan NGO bukan politiknya? Ezam mahu kita(merujuk kepada orang melayu) bersatu dan mahukan Tian Chua(bangsa cina) dilucutkan kerakyatannya.Apa maknanya? maknanya dia menyanggah dasar 1Malaysia Najib dan menyegarkan perkauman.Dari sudut perundangan, kata kata Ezam ini adalah hasutan yang boleh didakwa seperti Tian Chua.

UMNO mungkin hanya menggali kuburnya sendiri dari dakwaan kepada Tian Chua, apabila dibicarakan nanti, pasti nama UMNO dan IC kepada pendatang asing bakal berkumandang di mahkamah, samaada Tian Chua bersalah atau tidak, rakyat kebanyakan terutamanya pengundi atas pagar akan mendapat lebih maklumat dan kefahaman mengenai pengkianatan UMNO selama ini.

Sandiwara yang didakwa disebut ole Tian Chua ialah sandiwara UMNO bukannya sandiwara polis atau pasukan keselamatan.Tiada langsung unsur menghina polis seperti didakwa sebelum ini.Bagi seorang yang waras, sudah tentu timbul persoalan di pertuduhan mana Tian Chua menghina polis? Tian Chua hanya mengata UMNO, jadi kenapa UMNO tidak boleh dikata sehingga boleh didakwa? orang mengigaupun boleh sedar tentang ini, tidak ada penghinaan langsung, jadi di mana warasnya orang UMNO minta dilucutkan kerakyatannya?

Mungkin ramai akan membuka mata melihat tuduhan yang dikenakan ke atas Tian Chua kerana publisiti yang diperolehinya.UMNO hanya membunuh diri dengan tindakan tidak bijaknya dan kalau DSAI ditangkap dan didakwa kerana menjadi dalang pencerobohan,maka usia UMNO mungkin lebih cepat ditamatkan.

Tiada ulasan: