"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengerusi Perkida Perak Tengah isytihar sokong Pakatan

Harakahdaily

PERAK: Bunyinya sedikit pelik, tapi itulah yang berlaku apabila Pengerusi Pekida Perak Tengah, Sabri Ahmad mengisytiharkan secara terbuka akan menyokong Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


Sabri yang dipetik KeadilanDaily sebagai berkata, beliau tidak gentar untuk mengisytihar sokongan padu kepada Pakatan Rakyat biarpun sudah lama menjadi anggota perkida yang sering dikait dengan Umno.

Menurutnya, sokongannya kepada Pakatan rakyat adalah kerana yakin dengan kemampuan Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara selepas PRU 13 dengan lebih baik berbanding kerajaan sedia ada hari ini.

“Pekida adalah NGO, bukan parti politik. Jadi, tiada sebab kenapa perlu pertikai sokongan saya kepada Pakatan. Sokongan saya kerana yakin dengan kemampuan Pakatan untuk mentadbir negara selepas PRU 13,” katanya.

Beliau yang kini bekerja sebagai kakitangan sebuah agensi kerajaan Perak, Perak mengakui telah menjadi ahli Umno sejak 1978.

Sokongan terbuka itu dibuatnya sehari selepas beliau nekad naik ke pentas menyarung mafla kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu program sempena Jelajah Merdeka Rakyat di Perak kelmarin.

Sabri juga mengakui bukan mudah untuk menyatakan sokongan kerana pendirian beliau itu menyebabkan pihak tertentu yang tidak senang dengan tindakannya, cuba merampas kedudukannya dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pekida.

“Pernah rampasan kuasa cuba dibuat pihak tertentu dengan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Pekida tanpa pengetahuan. Tapi, mana boleh mesyuarat agung diadakan tanpa kehadiran pengerusi?” katanya sambil tersenyum.

Beliau juga mengakui ramai ahli Pekida termasuk pemimpin utama peringkat negeri itu, menyokong Pakatan tetapi enggan mendedahkan identiti mereka.

Tiada ulasan: