"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Peluang Umno tipis di Sungai Limau

Muda Mohd. Noor
PETALING JAYA: Barisan Nasional atau Umno tidak mempunyai pengundi yang cukup untuk merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Kedah dalam pilihan raya kecil nanti.
“Sesetengah kawasan (kampung) tidak boleh dimasuki oleh orang Umno, bagaimana mereka hendak berkempen.

“Kawasan Sungai Limau kawasan hitam untuk BN dan Umno, ia kawasan gelap,” kata calon Bebas Sungai Limau, Sobry Ahmad yang bertanding dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Sobry bekas pemimpin Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mencabar bekas Tan Sri Azizan Abdul Razak tetapi kalah teruk kepada bekas Menteri Besar Kedah itu.

Sungai Limau seperti yang diketahui umum merupakan kubu kuat PAS, Azizan memenanginya sebanyak lima kali berturut-turut.

Sekolah agama rakyat

Beberapa sekolah agama rakyat yang rata-rata menyokong PAS didakwa memberikan kelebihan kepada calon PAS di Sungai Limau.

Sobry menambah, faktor Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah yang baru tidak memberi jaminan undi calon Umno akan meningkat.

“Impaknya tidak besar,” katanya sambil menambah Sungai Limau adalah kawasan PAS.

Bagaimanapun, Umno mempunyai peluang jika mereka mempunyai calon yang sesuai iaitu anak Sungai Limau sendiri.

Mereka, tambahnya memerlukan pembangunan dan jika kerajaaan boleh melakukannya, peluang merampas kerusi Sungai Limau tetap ada.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat hari ini untuk menentuka tarikh penamaan calon dan hari mengundi Sungai Limau.

Kerusi Sungai Limau kosong berikutan kematian Azizan pada Rabu lalu.

Tiada ulasan: