"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS bakal jadi kera sumbang apabila Anwar mengumumkan muafakat politik baru untuk selamatkan M'sia tanpa PAS

anwar_bersih_ikram_harapan_abim_pkr_600Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan usaha mewujudkan permuafatakatan politik yang lebih utuh bersama pelbagai NGO progresif termasuk Gerakan Harapan Baru demi meneruskan perjuangan menyelamatkan Malaysia.
Menurutnya, negara kini terus berada dalam krisis yang semakin teruk termasuk nilai ringgit yang merudum, dakwaan rasuah dan skandal kewangan yang belum pernah disaksikan sejak Merdeka lagi, walaupun kerajaan BN terus menafikannya.

"Di saat genting ini, rakyat Malaysia perlu bersatu dan bertekad untuk menyelamatkan negara kita," tegasnya dalam satu perutusannya melalui peguamnya.

"Kita sedang berusaha mewujudkan muafakat politik yang lebih utuh, dan akan bekerjasama dengan semua gerakan progresif termasuk NGO seperti BERSIH, ABIM, IKRAM dan Gerakan Harapan Baru yang baru sahaja diwujudkan.

"Permuafakatan ini merupakan kesepakatan kumpulan-kumpulan yang komited kepada reformasi dan perubahan, yang akan memberikan pilihan yang benar-benar demokratik dan adil kepada Rakyat," katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat Malaysia supaya mengetepikan segala pertimbangan dan perbezaan yang lain sebaliknya memberikan fokus kepada perjuangan untuk menyelamatkan Malaysia.
-malaysiakini-

2 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Umno dah cancel nk projek dgn pas... Sebab semakin lemah... Takde nargaining power... Hudud pun mungkin tak jalan... Janji 1billion kod pas sebab putus dgn dap pun tak jalan jugeer.... Hik hik hik ularmak politik mercun

ramboo-t berkata...

Kita tengok dan lihat..lepas langkah kajang yg sumbang yg nampakkn brother gila kuasa dan nepotism, kami sudah hilang kepercayaan pdnya begitu dap yg lupa yg mereka minoriti kena ikut kata majoriti.