"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Saya tak akan cerai isteri, PAS yang langgar bai’ah

Khalid Samad tidak akan menceraikan isterinya kerana PAS Selangor tidak pernah mengangkat sumpah bai'ah sedemikian jika ahlinya bertindak keluar daripada parti itu.

Bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu sebaliknya membidas parti Islam itu yang disifatkannya "melanggar bai'ah kepada ahlinya" dan lari daripada perjuangan asal.

"Parti yang langgar bai'ah, bukan kami. PAS yang lari daripada perjuangan sebenar," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya di Parlimen hari ini.

Khalid merupakan salah seorang daripada kumpulan progresif PAS yang menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB), yang akan menjadi tapak kepada penubuhan gabungan parti politik pembangkang yang baharu.

Beliau menafikan ada mengangkat "bai'ah cerai isteri" seperti yang dikatakan, menjelaskan yang sumpah tersebut tidak dimasukkan dalam bai'ah semasa pilihan raya umum 2013 (PRU13) lalu.

"Masa PRU13, sumpah cerai isteri tidak termasuk dalam bai'ah PAS Selangor," katanya.

Mengenai kemungkinan dipecat daripada PAS susulan menyertai GHB, Khalid berkata, keputusan muktamad terletak di tangan parti.

Beliau bagaimanapun mengakui menyedari risiko terkeluar daripada parti serta-merta dengan penyertaannya dalam parti baharu itu.

"Kalau tak dipecat pun, jika saya menyertai kumpulan baharu ini, secara automatik saya pun terkeluar daripada PAS," katanya.

Bagaimanapun, Khalid berkata, kemungkinan wakil rakyat PAS di Kelantan dan Terengganu ada mengangkat sumpah bai'ah sedemikian.

Ahad lepas, Yang Dipertua PAS Rantau Panjang Abdul Fatah Harun dilaporkan berkata, mana-mana ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Kelantan yang berhasrat meninggalkan parti itu dan menyertai Gerakan Harapan Baru harus merujuk semula sumpah bai'ah talak tiga ke atas isteri masing-masing yang dibuat sebelum ini.

Katanya, sumpah bai'ah bukan perkara baru dan menjadi amalan parti itu di Kelantan sejak 1990, yang mana semua wakil rakyat mengangkat sumpah di depan pesuruhjaya PAS negeri.

"Maknanya kalau keluar parti sukarela atau cara lain mereka ini termaktub dalam bai'ah tersebut, kecuali mereka ini terkeluar parti kerana kes jenayah, gila dan sebagainya," katanya dipetik berkata kepada Astro Awani. –
-malaysianinsider-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apa lah susah sgt. kalau presiden bleh U-turn, korg pun boleh juga. mai sat aku tunjuk.

1. ceraikan isteri dgn talak satu.
2. lepas cerai barulah daftar masuk parti lain.
3. baruler rujuk balik dgn isteri.

dgn cara ini, talak takliq tak sah sbb masuk parti baru semasa tak ada isteri. so tak ada apa yg nak diceraikan.

bila rujuk balik, talaq tinggal 2. so cerai takliq talak 3 tak berlaku sbb baki talaq hanya 2.

amacam hanipa? ok tak? jwblah nanti kena debik cam dulu...

hehehehee

Malaysiabaru berkata...

Baiah pas ni mcm

Mutah kawin kontrak syiah Iran

Gileerr ayoh ping