"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Guru nyaris dirogol hanya kerana RM10

FMT Reporters 
PETALING JAYA: Seorang guru nyaris dirogol kerana beliau hanya mempunyai RM10 ketika dirompak dua penjenayah bersenjatakan pisau di luar pangsapurinya.

Menurut laporan China Press, kejadian itu berlaku pada jam 1 pagi Sabtu lalu di sebuah tempat letak kereta terbuka di Danau Kota, Setapak ketika seorang guru berbangsa Cina yang mengajar bahasa Jepun keluar mengambil barang di keretanya.

Tiba-tiba mangsa berusia 28 tahun itu didatangi dua perompak yang bersenjatakan pisau dan mengarahkan beliau menyerahkan barang miliknya.

Difahamkan, perompak yang berang kerana mangsa ketika itu hanya mempunyai RM10 bertindak memukul mata dan muka wanita itu dengan seorang daripada penjenayah terbabit cuba merogolnya.

Menurut laporan itu, mangsa mula menjerit meminta tolong dan dua lelaki India yang tinggal berdekatan tempat kejadian tampil membantu mangsa.

Kedua-dua suspek itu bagaimanapun berjaya melarikan diri manakala mangsa yang cedera terpaksa menerima 12 jahitan di dahinya.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif mengesahkan telah menerima laporan mangsa dan giat mengesan kedudukan dua suspek itu.

Tiada ulasan: