"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Menteri Wilayah disaran kembali bina PPR untuk golongan miskin bandar

MALAYSIA DATELINE

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng menyeru Menteri Wilayah Persekutuan untuk kembalikan tujuan asal Program Perumahan Rakyat (PPR) diwujudkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah di Kuala Lumpur.

Beliau berkata Kementerian Wilayah Persekutuan di bawah kerajaan terdahulu telah meluluskan lebih 20,000 unit Rumawip di Kuala Lumpur tetapi jumlah unit itu tidak mencukupi untuk disewa oleh golongan berpendapatan rendah.

“Inilah sebabnya mengapa saya menggesa menteri wilayah Persekutuan, Khalid Samad untuk melihat secara serius membina lebih banyak unit PPR untuk memenuhi keperluan golongan muda.

“Tujuan asal PPR adalah untuk menyewa. Tidak praktikal bagi kerajaan untuk menggalakkan idea menyewa kemudian akhirnya memiliki unit tersebut.

“Apabila sesetengah unit dimiliki secara persendirian, dan yang lain masih disewa, akan ada isu pengurusan dan pengumpulan yuran penyelenggaraan. Oleh itu, ia adalah yang terbaik untuk berpegang kepada tujuan asal PPR itu diwujudkan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata terdapat pemilik PPR berpindah ke tempat lain sementara unit yang mereka miliki akan disewakan kepada orang asing atau penduduk tempatan pada kadar yang lebih tinggi.

“Ini bertentangan dengan tujuan skim perumahan PPR untuk membantu golongan miskin diadakan.

“Apa yang kita perlukan hari ini, adalah unit PPR kos rendah tetapi dibina dengan kemudahan yang lebih baik untuk golongan miskin bandar.

“Idea ini adalah untuk mereka mendapat tempat tinggal sehingga mereka mampu membeli hartanah yang lebih tinggi.

“Ini kerana tidak ramai pasangan muda yang berkahwin mampu memiliki RUMAWIP, yang berharga kira-kira RM300,000.

“Ditambah sebahagian daripada mereka, telah disenarai hitam kerana gagal membayar pinjaman pendidikan mereka. Selain itu, dengan gaji rendah diperoleh, bank tidak bersedia menyediakan kemudahan pinjaman kepada mereka,” ujarnya.

Tiada ulasan: