"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Saya pohon jutaan maaf dari rakyat

Anti Fake News- Sedikit coretan pengalaman di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
MALAYSIA DATELINE 

Semasa saya mula membentang Ruu pemansuhan Akta Anti Berita Tidak Benar 2018 , saya beritahu kepada Speaker Dewan Rakyat ( masa itu dipengerusikan oleh Timbalan Speaker , Ahli Parlimen Telok Intan ) bahawa ia adalah detik sejarah untuk saya kerana beberapa bulan sebelum itu, saya berada di barisan pembangkang membantah Akta tersebut dan kini saya di barisan Kerajaan pula dan diamanahkan untuk membentang RUU Pemansuhan Akta tersebut.

YB Timbalan Speaker berkata ” ya, hari ini dalam sejarah”.

Alhamdulillah, saya membuat persiapan yang begitu rapi dan penuh sama ada ketika berbahas membangkang Akta tersebut atau semasa membentang RUU Pemansuhan Akta itu di Dewan Rakyat atau Dewan Negara. Saya tidak pasti berapa banyak buku, artikel, rencana dan Akta yang saya baca ( termasuk Akta di negara Jerman ). Dengan lain perkataan, saya benar-benar prepared dan sedia ” take on” sesiapa sahaja di Dewan Rakyat atau Dewan Negara. Alhamdulillah.

Semasa menggulung perbahasan, saya bagi tahu para pegawai yang membantu saya ( alhamdulillah, mereka adalah team yang “superb”) , meskipun mereka boleh bantu saya dari segi memberi jawapan, tetapi saya akan cuba menjawab semua soalan yang dibangkitkan oleh MP di Dewan Rakyat dan para senator di Dewan Negara secara sendiri tanpa prepared text kecuali info info tertentu.

Kita pergi dulu kepada perbahasan di Dewan Rakyat. Saya mendengar dengan teliti hampir semua perbahasan. Saya mencatat sendiri setiap perbahasan termasuk dari para pencelah. Dari sebelah pembangkang, saya lihat perbahasan mereka tidak begitu ” in depth”. Malahan, saya berani kata, ada yang mungkin tidak buat “homework” sebelum berbahas.

Dari parti Pas , maaflah, pebahasan mereka, dengan hormat, lagi tidak mendalam. Jujurnya ,saya lihat MP Pas yang berbahas atau mencelah, maaf lah jika saya kata, tidak begitu bersedia.

Dipendekkan cerita, selepas mereka berbahas, saya kena menggulung. Semasa menggulung, saya cuba membuka ruang semaksima yang boleh untuk para MP khususnya para MP pembangkang untuk mencelah bertanyakan soalan. Alhamdulillah, saya amat suka berbahas. Maka, secara relatif, saya lebih gemar memilih pendekatan “two ways traffic” dari “one way traffic” ketika menggulung.

Jika ikut hati dan jika tidak terikat dengan masa yang tertentu , saya sebenarnya bersedia untuk membuka ruang pencelahan seberapa ramai yang boleh untuk mereka berbahas atau mencelah ketika saya menggulung. Tapi, malangnya, saya tidak ada kemewahan waktu ( luxury of time ).

At one time , ketika berbahas itu, ada MP Pas yang cuba nak rujuk saya ke Jawatankuasa Hak di bawah Peraturan Mesyuarat 36 ( 12 ) kerana mereka tidak puas hati saya menyatakan Pas menyokong Sosma. Saya tidak begitu minat untuk panjangkan isu itu. Maka saya sedia pohon maaf dan tarik balik tuduhan. Ya, mungkin Pas betul, parti itu tidak sokong Sosma. Mungkin juga saya yang silap . Cuma , jika untuk tujuan berhujah, mungkin Pas kena tanya dengan jujur, semasa Akta Sosma hendak dipinda , siapa di dalam Pas, pada masa itu ,yang berbahas panjang melawan Sosma?

Setelah habis menggulung, RUU pemansuhan Akta itu diterima di Dewan Rakyat. Maka langkah seterusnya , saya kena pergi pula ke Dewan Negara

Sekali lagi, saya diamanahkan untuk bentang RUU pemansuhan itu di Dewan Negara . Meskipun Dewan Negara mempunyai ramai senator yang berkelulusan tinggi, namun jujurnya saya rasa cabaran di Dewan Negara tidak sehebat cabaran di Dewan Rakyat. Tetapi, saya harus akui perbahasan di Dewan Negara jauh lebih ” civilized” dari Dewan Rakyat. Kena angkat topi lah pada para senator

Sekali lagi saya dapati perdebatan di Dewan Negara meskipun ada yang baik dan bagus, namun , secara umumnya , agak hambar. Dengan penuh hormat, saya tidak rasa di kalangan majoriti yang berbahas dan mencelah, mereka benar-benar menguasai ” the subject matter” yang dibahas. Saya tak terasa sangat tercabar , secara umumnya. Cuma jumlah senator BN mengatasi jumlah senator PH.

Ada satu ” valid point” dari seorang senator BN yang saya rasa wajar diberi perhatian . In fact, saya kata saya bersetuju dengan point beliau meskipun saya tidak setuju dengan kesimpulan beliau. Apa pointnya? Ini kerana beliau , saya lihat, cuba nak simpulkan tidak perlu mansuh Akta tersebut via this point.

Ia berkaitan isu ” interim measures” dalam seksyen 7 Akta itu. Ia berkaitan hak mangsa berita tidak benar untuk dapatkan perintah sementara mahkamah secara ex parte ( sebelah pihak ) untuk stop penerbitan berita tak benar. Senator itu kata “interim measures itu adalah kelebihan Akta tersebut. Saya kata saya setuju . Cuma saya tambah sebelum ada Akta itu pun ,kita juga boleh dapat remedi “interim measures ” . Cuma ianya bersifat “civil in nature”. Saya tidak bercadang nak ulangi satu persatu di sini kenapa seksyen 7 itu bermasalah. Begitu juga seksyen 8 juga bercakap tentang “interim measures” yang jika dipohon oleh Kerajaan, mahkamah wajib benarkan. Ini , bagi saya, ” draconian” kerana “tangan” para hakim di”ikat”. Senator YB ChandraMohan dari DAP juga ada bangkitkan isu ini.

Begitu juga ketiadaan ” life span” perintah “interim measures” yang diperolehi secara “ex parte” di seksyen 7 tanpa hakim dengar kedua-dua belah pihak. This is draconian and repressive, kata saya. Dalam undang-undang sivil sedia ada, proses “interim measures” melalui perintah “interlocutory injunction” ada tempoh jangka hayat ( life span ) kerana ia hanya didengar “ex parte”. Jika nak lanjutkan tempoh jangka hayat perintah “interlocutory injunction” itu, kena buat permohonan “inter parte ( dua dua pihak didengar) dan ini selaras dengan prinsip “natural justice” yang ada di dalamnya prinsip ” audi alteram partem” ( hearing the other side).

Saya kata kat YB Senator Umno itu keadilan ini bukan sahaja keputusan ( decision ) kena adil , proses membuat keputusan ( the decision making process ) pun kena adil juga.

Rasanya saya sudah jawab semua persoalan dan keraguan yang pembangkang cuba bangkitkan untuk mansuhkan Akta itu. Tapi , malangnya dengan menggunakan angka mereka yang lebih ramai dalam dewan negara, meskipun bukan dipilih oleh rakyat melalui “election””, mereka tolak pemansuhan Akta itu di Dewan Negara. Penolakkan itu hakikatnya tidak mendatangkan kesan apa pun. Ia cuma sekadar untuk melewatkan sahaja. Adakah itu sikap yang penuh dengan tanggungjawab ( bila elaun mereka dibayar dengan wang rakyat dan pembayar cukai ), saya serah pada rakyat untuk menilai secara adil.

Mungkin juga saya begitu lemah dalam berhujah and failed to convince them. Bagi kegagalan itu, saya pohon jutaan maaf dari rakyat.

Hanipa Maidin

Tiada ulasan: