"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mohamad Hassan Bekas MB NS bakal menentang Anwar di PD?

Tok Mat bergu Anwar paling sesuai uji sokongan pengundi campuran di Port Dickson, kata penganalisis politik
DALIA ISMAIL 
Datuk Seri Mohamad Hassan disifatkan sebagai icon yang sesuai untuk menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menarik sokongan pengundi campuran pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, kata Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi.

Dalam konteks Negeri Sembilan bekas menteri besar yang lebih mesra dikenali sebagai Tok Mat itu, mempunyai populariti tersendiri berbanding calon Umno-BN yang lain.

“Beliau calon terbaik waktu ini untuk turun bertanding ke Port Dickson dengan populariti yang dimilikinya. Tok Mat tokoh yang dikenali ramai diterima pelbagai kaum namun disebabkan faktor-faktor lain dalam politik negeri, telah menenggelamkan beliau dalam arus perdana di negeri itu.

“Tok Mat merupakan calon cocok sekali bertemu dengan Anwar. Pertandingan itu akan dilihat seperti ‘buku bertemu denganruas’ walaupun kita lihat Anwar akan memberi cabaran besar, tetapi kita boleh lihat sejauh mana undi Melayu yang dikaitkan dengan Umno itu akan mengundi Tok Mat atau Anwar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai salah seorang panel dalam program Soal Rakyat disiarkan secara langsung di TV3 malam tadi.

Menurut Awang Azman lagi Ketua Umum PKR itu, memilih Port Dickson kerana kebelakangan ini hubungan Pas-Umno mulai intim menjadikan strategi Anwar untuk memilih Port Dickson iaitu kerusi campuran di negeri itu.

Katanya, ini dilihat kesan kepada sokongan pengundi Melayu di PRK Seri Setia baru-baru ini yang merosot walaupun calon Pakatan Harapan menang majoriti.

“Walaupun keputusan di Seri Setia tidak memuaskan kerana kita dapat lihat gabungan itu (Umno-Pas) itumemberikan kesan, ini merupakan satu faktor mengapa pemilihan kawasan pengundi Melayu itu agak kritikal kepada PH.

“Dengan adanya gabungan Melayu, Cina, India (kerusi campuran) bersesuaian dengan kerajaan baharu yang akan memberi Anwar peluang lebih tinggi.

“Ini kerana Anwar tidak boleh mengharapkan sokongan pengundi Melayu sahaja, beliau perlukan undi campuran untuk mendapatkan sokongan penuh sebagai bakal perdana menteri Malaysia ke 8.

“Suasana ini (bakal perdana menteri) yang bertanding akan memberikan impak besar kepada pengundi,” ujarnya.

Semalam Ahli Parlimen Port Dickson Daniyal Balagopal Abdullah mengumumkan mengosongkan kerusi dimenangani dalam PRU14 untuk diserahkan kepada Anwar dalam sidang media yang diadakan di Ibupejabat PKR di Petaling Jaya.

Tiada ulasan: