"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki dicekup sumbang mahram dengan anak saudara 10 tahun di sebuah hotel

Bernama 
JOHOR BAHRU: Seorang tukang cuci ditahan polis kerana dipercayai melakukan perbuatan sumbang mahram terhadap anak saudaranya yang di bawah umur di sebuah hotel di Taman Tunku Aminah, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata pihaknya menahan lelaki berusia 48 tahun bersama seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu kira-kira 9.15 malam setelah mendapat maklumat mengenai perilaku mencurigakan mengenai lelaki berkenaan.

“Ketika serbuan dilakukan, pihak polis bertindak mengetuk bilik yang diduduki keduanya dan menunggu lebih kurang 5 minit sebelum dibuka oleh suspek.

“Setelah dibuka, didapati seorang lelaki bersama seorang kanak-kanak berada dalam bilik berkenaan dalam keadaan separuh bogel manakala lelaki itu hanya memakai tuala tanpa baju,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak itu merupakan anak saudara kepada suspek.

Mohd Taib berkata mangsa memberitahu bapa saudaranya itu kerap membawanya keluar dan mendapat kebenaran ibu bapa mangsa.

“Kejadian seperti itu merupakan kejadian kali ke-2,” katanya lagi.

Suspek yang sudah berkahwin itu, mempunyai 3 anak berusia 25 tahun hingga 28 tahun.

Dia kemudiannya direman selama 7 hari mulai hari ini sehingga 20 September ini.

Mohd Taib berkata kes disiasat di bawah Seksyen Seksyen 376A Kanun Keseksaan iaitu sumbang mahram.

Tiada ulasan: