"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Resmi PH berjaya mengekalkan Seri Setia dan Balakong

Rasmi: DAP pertahan Balakong, MCA tertinggal jauh

PRK BALAKONG | Pakatan Harapan (HARAPAN) berjaya mengekalkan kemenangan di Balakong selepas calonnya Wong Siew Ki meraih majoriti 18,533 undi.

Berdasarkan keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Wong mendapat 22,508 undi, berbanding calon MCA Tan Chee Teong 3,975 undi.

Meskipun MCA mempertahankan depositnya hari ini, peratusan undi yang diterimanya tidak meningkat dengan ketara, iaitu hanya meningkat 4.1 peratus kepada 15 peratus.

PAS sebelum ini turun berkempen untuk MCA. Pada PRU lalu, PAS meraih 11.6 peratus di Balakong.

Sementara perkadaran undi calon HARAPAN pula meningkat daripada 77.5 peratus kepada 85 peratus.

Menurut SPR, peratus keluar mengundi di sana adalah 43 peratus. Jumlah layak mengundi pula 62,219.
-------------------------

Rasmi: HARAPAN pertahan Seri Setia

PRK SERI SETIA | Calon pakatan Harapan (HARAPAN) Halimey Abu Bakar berjaya mempertahankan kerusi Seri Setia dengan majoriti 4,027 undi.

Halimey mendapat 13,725 undi, sementara calon PAS Dr Halimah Ali meraih 9,689 undi.

Dengan peratusan keluar mengundi yang rendah, kemenangan majoriti dilihat bukan kayu ukur yang baik bagi Seri Setia dan Balakong.

Kayu ukur yang dilihat lebih sesuai adalah dengan membandingkan perkadaran undi PRK ini dengan keputusan PRU lalu.

Dengan sokongan BN, perkadaran undi PAS di kerusi itu meningkat 31 peratus, daripada 10.39 peratus pada pilihan raya umum (PRU) lalu kepada 41.4 peratus pada pilihan raya kecil kali (PRK) ini.

Jumlah itu melebihi jumlah perkadaran undi yang diraih PAS dan BN pada PRU lalu.

Perkadaran undi bagi HARAPAN pula menurun dari 66.62 peratus kepada 58.6 peratus.

SPR sebelum ini mengumumkan jumlah keluar mengundi adalah 44 peratus.

Tiada ulasan: