"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Husam persoal kereta mewah pegawai kanan kerajaan Kelantan

MALAYSIA DATELINE
Tindakan Kerajaan Kelantan membeli beberapa kereta mewah bagi kegunaan pegawai kanannya dipersoal ketika negeri berkenaan merupakan penerima terbesar bantuan kewangan defisit dan bantuan kewangan pendahuluan daripada Kerajaan Persekutuan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan itu dalam tegurannya berkata jika tindakan tersebut benar, maka adalah wajar bagi kerajaan Persekutuan menyemak kembali peruntukan yang diberikan kepada Kelantan ketika ini.

“Bantuan kewangan defisit dan bantuan kewangan pendahuluan harus digunakan untuk membayar emolumen buat pegawai tadbir awam, bukan untuk membayar gaji (penjawat awam) lantikan politik yang terlalu banyak.

“Jadi perbelanjaan (kerajaan Kelantan) boleh disemak untuk diaudit.

“Kalau penggunaan untuk tujuan asal (bayaran emolumen penjawat awam) kerajaan Persekutuan boleh bagi, tapi kalau peruntukan disalah guna kita kena kaji balik,” katanya yang juga anggota Dewan Negara lapor Bernama hari ini.

Husam bercakap kepada media pada majlis Jamuan Rakyat sempena Awal Muharram di Kubang Kerian, Kota Bharu hari ini. Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith.

Sabtu lalu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dilaporkan berkata Kelantan merupakan penerima terbesar bantuan kewangan defisit dan bantuan kewangan pendahuluan daripada kerajaan pusat dan ia berjumlah RM913 juta.

Lim dipetik sebagai berkata sejak 2013 hingga 2017, Kelantan menerima RM363 juta bantuan kewangan defisit, yang merupakan pemberian kepada negeri-negeri yang menghadapi kekurangan wang dalam akaun mengurus.

Tiada ulasan: