"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Apabila Menteri Agama kalut sangat pasal bola…

USTAZ ZOLKHARNAIN ABIDIN

Menteri Agama tidak payah dok kalut sangat bab bola, bab kelab Liverpool yang dia minat.

Aku pun minat bola juga, walaupun tak berapa pandai main. Tapi taklah nak kalut sangat. Aku tak kisah pun kelab mana menang atau kalah sebab bukan ada kena mengena sangat dengan aku.

Banyak isu berkaitan agama Menteri Agama buat tak kisah. Buat pekak badak. Isu pondan (malas nak sebut nama), isu RUU 355 yang dia sokong nak “mampuih”, isu “murtad” kerana kahwin, isu isteri terabai, isu OKU orang Islam, isu kartel daging, isu logo halal dan banyak lagi.

Nanti dijawab, semua isu itu ada kementerian masing-masing. Ya, isu bola pun ada kementerian sendiri juga, awat yang dia kalut lebih. Sampai usung jersi Leverpool sana-sini, apa hal? Minat pun berpada-padalah. Menteri Sukan pun tak sekalut Menteri Agama bab bola ni.

Cuba Menteri Agama fokus kepada penambahbaikan masjid sebagai institusi masyarakat. Zaman Pakatan Harapan (PH), Mujahid dah lagang elok nak buat Masjid Rahmah supaya masjid benar-benar berfungsi sebagai rahmat untuk umat.

Sepatutnya itulah agenda yang menteri agama kena fokus betul-betul. Menteri Agama tak ada idea, aku pun boleh tolong bagi.

Banyak idea juga aku ada yang aku dah rancang dengan kawan-kawan nak buat dulu, tapi terbantut. Kamonlah menteri. Tangguhkan sekejap urusan bola tu. Atau kalau dah terlampau minat, berpada-padalah…!

Sebahagian masjid kita masih kurang menyerlah sebagai institusi masyarakat yang inklusif. Masjid kita masih eksklusif.

Misalnya, nak masuk kawasan masjid kena pakai tudung. Apa ni? Biarlah kalau ada perempuan nak masuk kawasan masjid tak pakai tudung. Apa masalahnya? Masjid mesti mesra masyarakat.

Sekolah-sekolah tahfiz kita, mana Majlis Tahfiz Negara yg dirancang dulu? Kelas KAFA, macam mana? Masih di takuk lama? Apa penambahbaikan kurikulum, latihan guru, kebajikan guru, prasarana dan banyak lagi. Apa Menteri Agama buat? Serah kepada pegawai JAKIM?

Itu belum lagi usaha menambahbaik kefahaman orang bukan Islam terhadap Islam. Takkan hanya tunggu raya Cina, pakai jubah merah dan hantar limau? Selain daripada itu, apa usaha?

Bagaimana dengan isu melampau dalam beragama dalam kalangan umat Islam? Macam mana dengan ajaran sesat? Macam mana dengan masa depan anak muda Islam pasca Covid-19? Apa pelan jangka panjang untuk memastikan anak muda Islam berupaya bersaing dalam era dunia tanpa sempadan?

Banyak lagi perkara dalam otak aku yang aku nak tulis. Pegawai JAKIM ramai, mereka punya kepakaran, tapi Menteri Agama kena ada idea untuk menggerakkan mereka.

Tapi kalau Menteri Agama pantas bersuara dan respon dalam kes bola, tapi slow mlow dalam isu umat, kes nayalah…

Sebab itu aku selalu kata kepada kawan-kawan. Jangan terkesima sangat dengan gaya luaran, tapi kena tengok idea, wawasan dan gagasan yang dibawa. Tapi tulah…!

Tiada ulasan: