"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

MALAYSIA DATELINE

Ketua Menteri Chow Kon Yeow disifatkan mempunyai sikap terbuka dan berlapang dada apabila mengakui tindakannya membeli kereta rasmi yang dikatakan ‘tidak kena pada masa’.

Dalam masa yang sama beliau secara terbuka meminta maaf kepada pihak yang tersinggung dengan pembelian kereta rasminya itu.

Pengguna Facebook Jamzuri Ardani berkata, walaupun kerajaan Pulau Pinang tidak mempunyai hutang dalam masa yang sama gaji Ketua Menteri serta Exco dipotong ketika pendemik COVID-19 namun bertindak memohon maaf atas pembelian satu kereta Mercedes baru.

Bagaimanapun katanya, berlainan pula dengan kerajaan Kelantan banyak hutang dalam masa yang sama terpaksa meminta daripada Kerajaan Pusat untuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri.

“Nak bayar gaji kakitangan kerajaan negeri pun minta pada kerajaan pusat, gaji ADUN dinaikkan, beli 14 buah Mercedes baru … bukan sekadar tidak minta maaf, malah bagi banyak dalil,” tulis beliau di Facebooknya.

Dalam pada itu, Zaidi Zakaria turut membidas kerajaan Pas Kelantan yang mempertahankan tindakan mereka membeli kereta Mercedes sebagai ‘kuda hitam’ untuk berjihad.

“KM P.Pinang mohon maaf beli sebuah Mecedih baru musim PKP.

“Negeri Ulama pertahankan beli berbelas Mecedih sbg ‘Kuda Hitam’ utk berJihad,” katanya.

Kerajaan negeri Kelantan telah membelanjakan RM3.5 juta untuk pembelian kereta rasmi yang mana untuk Menteri Besar harganya adalah RM320,000 manakala bagi exco dan barisan kepemimpinan yang lain adalah RM200,000.

Susulan tindakan kerajaan Kelantan membeli 14 kereta Mercedes Benz untuk kenderaan rasmi telah melukakan perasaan rakyat miskin kerana segala keperluan hidup mereka belum mencukupi dan peruntukkan kerajaan harus mengutamakan kebajikan rakyat.

Chow Kon Yeow meminta maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan pembelian kereta rasmi baharunya yang dilihat dibuat pada waktu yang kurang sesuai susulan negara berhadapan dengan penularan wabak Covid-19.

Kon Yeow mengakui perkara tersebut adalah satu pengajaran kepada beliau dan kerajaan negeri susulan tindakan pembelian itu menyebabkan rakyat risau dan tersinggung.

Pulau Pinang sebelum ini membeli sebuah kereta baharu model Mercedes S560e sebagai kereta rasmi ketua menteri bagi menggantikan kereta Mercedes S300L yang dibeli pada 2013.

Pembelian Mercedes S560e adalah sebagai menggantikan kereta rasmi sedia ada, Mercedes S300L yang dibeli dengan harga RM298,263.75 pada 2013.

Pembelian kereta itu mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pulau Pinang pada 29 November tahun lalu.

Keputusan itu dibuat untuk menggantikan kereta lama dalam mengurangkan kos penyelenggaraan selain faktor keselamatan.

Kereta model berwarna kelabu selenite yang dikeluarkan pada 2019 itu dibeli dengan harga RM458,122 iaitu dengan potongan harga sebanyak RM127,765 yang mana, MMK telah bersetuju dengan pembelian kereta baharu itu pada 29 November 2019.

Tiada ulasan: