"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

LCS kini jadi bahan jenaka, bahkan penghinaan kepada institusi Raja-raja Melayu

BORHAN AHMAD

Skandal Kapal Tempur (LCS) untuk Tentera Laut Malaysia kini bukan saja menjadi bahan jenaka untuk perlekehkan Malaysia bahkan menjadi satu penghinaan kepada institusi Raja-raja Melayu.

(Gambar di atas adalah keratan dari laporan Berita Harian ketika kapal LCS dilancarkan dahulu oleh Sultanah Perak)

Bahan jenaka kerana Malaysia berjaya membina kapal halimunan ketika Amerika membina jet pejuang halimunan manakala ia penghinaan kepada institusi Raja-raja Melayu pula apabila terdedah bahawa kapal yang dilancarkan sebelum ini oleh Raja Permaisuri Perak sebenarnya belum siap.

Serangan ke atas pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dan rakan-rakan ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) berkuasa dahulu juga semakin sengit dengan skandal LCS ini.

Najib pula sehabis mungkin cuba menepisnya dengan meletakkan kesalahan itu ke atas pelbagai pihak.

Jenaka yang tular di kalangan pengguna media sosial di Malaysia.

Yang paling sinikal adalah penyebaran jenaka bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Tentera Laut Amerika menghantar pasukan perisik mereka ke Malaysia bagi mengkaji bagaimana Malaysia boleh membina kapal halimunan.

Ini berikutan pendedahan Malaysia membelanjakan RM6 bilion untuk membina kapal perangnya tetapi kapal itu tidak kelihatan.

“Mereka terkejut dengan teknologi tinggi yang kita gunakan,” kata jenaka yang kini tersebar dengan cepat di laman-laman sosial.

Ia berlaku apabila Amerika berjaya menghasilkan pesawat pejuang yang tidak dapat dikesan radar tapi Malaysia mampu hasilkan kapal yang hilang terus dari radar.

Yang lebih tragik lagi adalah pendedahan PAC bahawa Mindef melancarkan kapal tempur tak siap pada 2017 lalu.

Menurut Pengerusi PAC, Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, berdasarkan prosiding dijalankan, pihaknya mendapati LCS 1 disahkan siap tidak sampai 44 peratus.

Justeru, beliau merumuskan bahawa upacara penamaan dan pelancaran LCS terbabit seperti dinyatakan saksi hanya memberi persepsi kepada umum bahawa kapal berkenaan sudah siap.

“Ketika prosiding, PAC tanya kepada saksi apa sebenarnya penganjuran majlis pelancaran itu sama ada majlis itu kamu memberikan satu persepsi atau gambaran yang mana kapal ini telah siap.

“Dalam gambar (LCS) nampak cantik tetapi sebenarnya ia belum siap. Penjelasan kontraktor dan Mindef (Kementerian Pertahanan) ialah majlis itu adalah pelancaran (kapal) ke air untuk membuat ujian keseimbangan sama ada okay atau tidak. Kemudian (selepas majlis) kapal itu dimasukkan ke dockyard untuk teruskan pembinaan.

“Ia (penamaan dan pelancaran kapal) sebahagian daripada institusi yang dipraktikkan oleh mereka termasuk MINDEF. PAC bangkitkan persoalan apa tujuan majlis pelancaran dilaksanakan adalah jelas sekali orang di luar sana akan ingat kapal ini sudah siap,” katanya sebagaimana yang dilaporkan BH 5 Ogos lepas.

LCS 1 yang hanya siap 44 peratus yang dilancarkan pada tahun 2017 lalu sebagai sebuah kapal perang seolah-olah ia telah siap.

Pada 24 Ogos 2017, LCS tercanggih pertama milik TLDM dilancarkan pada waktu itu dan diberi nama Kapal Diraja (KD) Maharaja Lela berlangsung di dermaga Boustead Naval Shipyard (BNS) di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

Upacara penamaan dan pelancaran kapal bernilai RM1.5 bilion itu disempurnakan oleh Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim sambil disaksikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Ia adalah kapal pertama daripada enam LCS bernilai RM9 bilion yang dibina BNS dilepaskan buat pertama kali ke perairan pada majlis berkenaan.

Mengenai ‘mast’ atau tiang yang dipasang di LCS 1 ketika majlis berkenaan untuk menunjukkan bahawa kapal itu lebih cantik, Kah Woh berkata kos tambahan yang diperlukan untuk tujuan itu sebanyak RM400,000 seperti dinyatakan saksi.

Jelasnya, tiang berkenaan hanya ‘olok-olok’ yang bukan menjadi sebahagian daripada LCS 1 supaya kapal berkenaan kelihatan lebih ‘cantik’.

“Upacara itu hanya untuk show (persembahan). Perhatikan juga ‘mast’ itu sememangnya dibuat BNS yang merupakan tambahan yang memang bukan sebahagian daripada LCS untuk nampak ia lebih cantik.

“Kemudian ‘mast’ itu ditanggalkan dan dibawa masuk ke kilang,” katanya.

Skandal Kapal tempur(LCS) untuk Tentera Laut Malaysia telah didedahkan di parlimen dalam laporan PAC baru-baru ini.

Bagi Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, segala usaha dari PH untuk selamatkan negara dari penyakit rasuah yang sistemik telah dikhianati atas sentimen perkauman dan agama sempit.

Namun setelah pengkhinatan mereka, satu persatu skandal dari pimpinan politik orang-orang Melayu terus terbongkar, tulis Mujahid menerusi Malaysiakini semalam.

Katanya, apa yang didedahkan oleh PAC ialah dari legasi era ‘Bossku’ sebagai PM dan Zahid serta Hishamudin sebagai MENHAN (2009-2014) ketika itu.

Menurut Mujahid, seluruh ALP dan Ketua Eksekutifnya ditukar untuk memulihkan LTAT semasa kerajaan PH memerintah negara ini.

Tiada ulasan: