"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Video lucah? Penyanyi terus membisu

Zaara Talita

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penyanyi lelaki popular yang dikatakan individu dalam gambar dan video lucah mirip wajahnya yang tular baru-baru ini, terus membisu berhubung perkara itu.

Cubaan Harian Metro menghubungi penyanyi itu bagi mendapatkan kenyataannya berhubung perkara itu tidak berjaya apabila dia tidak membalas mesej.

Sebaliknya, dia cuma membalas mesej dengan menulis, 'busy' (sibuk) ketika dihubungi menerusi WhatsApp.

Video berdurasi lebih satu minit itu memaparkan aksi 'panas' lelaki terbabit bersama seorang wanita di atas katil.

Difahamkan wanita itu juga teman wanita kepada seorang pelakon baru.

Difahamkan, video itu juga dirakam sendiri lelaki terbabit.

Selain video berkenaan, turut tular adalah gambar lelaki terbabit bersama seorang kanak-kanak dipercayai anaknya.

Tiada ulasan: