"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Syarat Zahid Hamidi kepada PAS, tinggalkan PN dan Bersatu, jika mahu jalin semula kerjasama

Zahid tuntut PAS ‘berpisah’ dengan Bersatu, PN, jika mahu jalin semula kerjasama

Bernama

PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata PAS perlu memenuhi tiga tuntutan jika mahu kembali menjalin kerjasama politik, bagi berdepan pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Katanya, tiga tuntutan itu adalah keluar daripada Perikatan Nasional (PN), memutuskan hubungan politik dengan Bersatu dan mengumumkan secara rasmi bahawa mereka “mufarakah” (berpisah) 100% daripada PN dan Bersatu.

Beliau berkata, tiga syarat itu dikemukakan ketika bertemu Presiden PAS Abdul Hadi Awang, baru-baru ini.

Zahid berkata, jika PAS memenuhi tuntutan itu, barulah rundingan kerjasama dengan Umno boleh dilakukan khususnya dalam menghadapi PRU15.

“Selagi PAS tidak penuhi tiga tuntutan itu, kita (Umno) tidak dapat merungkai apa juga isu dan perkara yang menjadi perbezaan antara kedua-dua parti. Mereka mengetahuinya (tiga syarat).

“Tiga syarat itu saya maklumkan ketika mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS. Bukan saya hendak jumpa dia, tetapi dia yang hendak jumpa saya,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Zahid ketika mengulas lanjut berkata, selagi PAS tidak memenuhi tiga tuntutan tersebut, Umno tidak akan mengadakan sebarang kerjasama dengan parti itu.

Beliau berkata, pihaknya tidak mahu melihat “pisang berbuah dua kali” yang mana PAS dulunya menandatangani piagam Muafakat Nasional (MN) pada 14 Sept 2019, tiba-tiba membentuk gabungan politik bersama parti serpihan Umno.

“Dulu kita bersangka baik dengan PAS selepas menandatangani piagam tersebut yang menyaksikan hasil gabungan itu, kita menang tujuh pilihan raya kecil (PRK) tetapi selepas itu lain yang terjadi,” katanya.

Tiada ulasan: