"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Main isu akidah, kukuhkan teori Pas-Khawarij Main isu akidah, kukuhkan teori Pas-Khawarij HARAPAN DAILY HARAPAN DAILYNovember 6, 2023 2:34 pm Oleh AHMAD MURSI Selepas kafir-mengkafir, PN-Pas memainkan isu munafik dan liberal. Nanti main isu ‘sekular’ dan ‘musuh Islam’ pula. Tujuannya untuk persoal akidah lawan politiknya seolah-olah dah belah dada lawan politik dan check iman lawannya. Isu akidah adalah senjata politik utama Khawarij. Ingat sungguh-sungguh point ini. Label liberal jadi senjata akidah walhal dalam konteks sains politik, makna liberal di negara lain jelaskan spektrum ideologi politik parti-parti. Bukan seperti definisi ustaz Pas yang kaitkan dengan akidah semata-mata. PN-Pas tidak berusaha pelihara akidah mukmin lain, tapi berusaha bersungguh-sungguh buktikan akidah mukmin lawan politiknya cacat untuk raih sokongan. Pas bangga apabila dapat komen ‘si polan itu kapir, munafik, liberal dan lain-lain. PN-Pas berlagak seperti lebih hebat dari Nabi SAW apabila boleh menghukum perkara batin hal akidah Muslim lain hanya berpandukan beberapa hal. Apabila Khalid Al-Walid RA nak tebas leher seorang yang persoal keputusan Nabi SAW, sabda Baginda: “Jangan, boleh jadi dia solat”. Khalid kata “ramai yang solat tapi bercakap tidak seperti apa yang di dalam hatinya”. Nabi membalas, “aku tidak disuruh mencungkil hatinya dan merobek perutnya”. [HR Muslim 1064] Maksudnya Nabi hanya menghukum apa yang zahir. Diserah kepada Allah apa yang tersembunyi. Habis kau label kami Khawarij boleh pula? Khawarij bukan persoal akidah. Saidina Ali nafikan Khawarij musyrik atau munafik, “mereka saudara kita, MELAMPAU terhadap kita”. Ghuluw dan Takfiri. Politik permain akidah ini sudah berjalan sejak 1980an. Wajib noktahkan dan lawan unsur khawarij kerana itu yang diajar oleh Nabi SAW.

HarapanDaily.com

AHMAD MURSI

Selepas kafir-mengkafir, PN-Pas memainkan isu munafik dan liberal. Nanti main isu ‘sekular’ dan ‘musuh Islam’ pula.

Tujuannya untuk persoal akidah lawan politiknya seolah-olah dah belah dada lawan politik dan check iman lawannya.

Isu akidah adalah senjata politik utama Khawarij. Ingat sungguh-sungguh point ini.

Label liberal jadi senjata akidah walhal dalam konteks sains politik, makna liberal di negara lain jelaskan spektrum ideologi politik parti-parti.

Bukan seperti definisi ustaz Pas yang kaitkan dengan akidah semata-mata.

PN-Pas tidak berusaha pelihara akidah mukmin lain, tapi berusaha bersungguh-sungguh buktikan akidah mukmin lawan politiknya cacat untuk raih sokongan.

Pas bangga apabila dapat komen ‘si polan itu kapir, munafik, liberal dan lain-lain.

PN-Pas berlagak seperti lebih hebat dari Nabi SAW apabila boleh menghukum perkara batin hal akidah Muslim lain hanya berpandukan beberapa hal.

Apabila Khalid Al-Walid RA nak tebas leher seorang yang persoal keputusan Nabi SAW, sabda Baginda: “Jangan, boleh jadi dia solat”.

Khalid kata “ramai yang solat tapi bercakap tidak seperti apa yang di dalam hatinya”.

Nabi membalas, “aku tidak disuruh mencungkil hatinya dan merobek perutnya”. [HR Muslim 1064] Maksudnya Nabi hanya menghukum apa yang zahir. Diserah kepada Allah apa yang tersembunyi.

Habis kau label kami Khawarij boleh pula? Khawarij bukan persoal akidah. Saidina Ali nafikan Khawarij musyrik atau munafik, “mereka saudara kita, MELAMPAU terhadap kita”. Ghuluw dan Takfiri.

Politik permain akidah ini sudah berjalan sejak 1980an. Wajib noktahkan dan lawan unsur khawarij kerana itu yang diajar oleh Nabi SAW.

Tiada ulasan: