"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

4 MP Bersatu mohon tukar tempat duduk di Dewan Rakyat

Isabelle Leong, Hariz Mohd & Shamz Johan

Empat ahli Parlimen Bersatu yang menyuarakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim memohon agar tempat duduk mereka di Dewan Rakyat ditukar.

Mereka adalah Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang).

Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul berkata dia telah menerima surat daripada mereka berkenaan perkara itu hari ini.

Bercakap dalam sidang media di Parlimen hari ini, Johari berkata dia akan melihat aturan dalam Dewan Rakyat sebelum membuat keputusan.

"Saya akan hubungi mereka ketika Deepavali, akan ada pertemuan tak rasmi. Tengok macam mana, saya baru terima surat," katanya hari ini.

"Seperti Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman), dia tak mahu duduk di sebelah kerajaan dan minta tempat duduk yang 'lebih selesa'.

"Macam keluarga. Dulu mereka tidur di bilik tidur, sekarang mereka nak pindah ke ruang tamu," seloroh Johari.

Tiada ulasan: